photogrammetry | fotogrametri | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Seni, sains, dan teknologi untuk menghasilkan maklumat fizikal di permukaan bumi melalui proses perekodan, pengukuran, dan penterjemahan imej foto udara. |
allelic exclusion | penyisihan alel | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses yang merujuk hanya satu alel daripada gen ditunjukkan, manakala alel yang lain dikaburkan. Penyisihan alel menguraikan alel mutan bagi gen yang menghasilkan fenotip yang berbilang. Setiap satu alel membawa satu titik mutasi antara kawasan berbeza bagi gen yang sama. Kebanyakan gen individu mewarisi satu salinan bagi setiap gen daripada tiap-tiap ibu bapa. Sekurang-kurangnya dua keadaan pemilihan yang berbeza boleh menjurus kepada penyisihan alel. Dalam satu keadaan, satu alel gen boleh berkeadaan senyap semasa transkripsi dan akan menghasilkan ungkapan alel yang kedua. Dalam keadaan yang lain, kedua-dua alel boleh ditranskripsikan, seterusnya mekanisme akan menjurus kepada penghapusan produk protein daripada satu sel pasca transkripsi dan pasca penterjemahan. |