Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mementingkan memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
comparative public administrationpentadbiran awam perbandinganPentadbiranPentadbiran Awam

Pendekatan silang budaya bagi pengajian pentadbiran awam. Pendekatan ini menegaskan lima perkara penting iaitu (i) pembinaan teori (ii) gesaan bagi aplikasi praktikal (iii) sumbangan sampingan yang lain bagi memperluaskan bidang pentadbiran perbandingan (iv) kepentingan penyelidik terlatih dalam undang-undang pentadbiran tradisional dan (v) analisis bandingan masalah yang sedang berlaku. Prinsip utama kepada pendekatan ini ialah ‘pengetahuan untuk pengetahuan’. Pendekatan ini menolak teori pentadbiran awam Amerika Syarikat yang berasaskan “prinsip ialah prinsip”. Ini kerana pendekatan tersebut mengandaikan bahawa pengaruh budaya tidak memberikan sebarang kesan kepada hal ehwal pentadbiran.

renin-angiotensin systemsistem renin-angiotensinVeterinarPraklinikalSistem ini wujud dalam ginjal dan berperanan penting dalam mengawal atur imbangan bendalir dan elektrolit; dan tekanan darah arteri. Kesan ini terhasil daripada peningkatan kepekatan angiotensin II dalam plasma yang menyebabkan vasopencerutan; perangsangan rembesan aldosteron; dan peningkatan peresapan natrium dan air dalam ginjal.
control abstractionpengabstrakan kawalanTeknologi MaklumatPerisianSalah satu ciri penting dalam pengabstrakan terutamanya yang melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan. Contohnya, ungkapan seperti yang berikut: a: =(1+2)*5 Hasil operasi memberi nilai 15 kepada pemboleh ubah ’a’ supaya ’a’ tersebut dapat digunakan pada masa akan datang, melibatkan langkah-langkah yang tidak kelihatan seperti mencari label pemboleh ubah dan lokasi dalam ingatan fizikal atau dalam ingatan maya, menyimpan perwakilan perduaan bagi ’15’ ke dalam lokasi ingatan dan sebagainya. Tanpa pengabstrakan kawalan, pengatur cara perlu menentukan setiap daftar atau langkah-langkah yang perlu dilalui untuk melakukan operasi hasil tambah atau hasil darab beberapa angka dan menumpukkan hasilnya kepada satu pemboleh ubah. Pengulangan operasi ini memberi dua kesan yang negatif, iaitu: i. Pengatur cara terpaksa mengulang tugas yang sama setiap kali operasi ini diperlukan. ii. Pengatur cara terpaksa mereka bentuk atur cara bagi perkakasan tertentu dan set perintah tertentu.
epinephrineepinefrinaVeterinarPraklinikalHormon katekolamin yang dirembeskan oleh medula adrenal. Hormon ini meningkatkan kadar dan daya pengecutan otot jantung melalui reseptor beta. Epinefrina bersama norepinefrina bertindak terhadap beberapa organ penting seperti yang berikut (i) membantu dalam pengudaraan pulmonari dengan mengembangkan bronkiol paru-paru (ii) merangsang lipolisis dalam sel lemak bagi membekalkan asid lemak untuk penghasilan tenaga dalam kebanyakan tisu (iii) meningkatkan kadar metabolisme (iv) pembesaran pupil terutama sekali dalam keadaan kurang cahaya; dan (v) perencatan proses tidak perlu seperti merencat rembesan gastrousus.
decision makingpembuatan keputusanPentadbiranPentadbiran Awam

Proses atau tindakan mengambil ketetapan bagi sesuatu perkara atau isu. Pembuatan keputusan merupakan satu perkara yang amat penting dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Setiap keputusan yang diambil mestilah profesional, rasional, bijaksana, tepat, adil dan saksama serta tidak bias kepada mana-mana pihak. Ini kerana setiap keputusan akan mempengaruhi segala aktiviti, rancangan dan perjalanan sesebuah organisasi. Dalam proses pembuatan keputusan, beberapa perkara perlu dikenal pasti iaitu, (i) Penyataan masalah dan pengumpulan maklumat, (ii) Mencari alternatif, (iii) Meramalkan kemungkinan yang akan berlaku dan merancang perkara-perkara di luar jangkaan, dan (iv) Membuat ketetapan, menentukan risiko dan ganjaran yang akan diterima. Antara beberapa masalah yang biasa berlaku berhubung dengan proses pembuatan keputusan iaitu kelewatan, penyelewengan, kekaburan dan ketidakpastian.

software documentationdokumentasi perisianTeknologi MaklumatPerisianDokumentasi kod sumber dan teks yang ditulis berserta perisian komputer. Dokumentasi ini menerangkan cara perisian tersebut digunakan. Dokumentasi merupakan salah satu aktiviti yang penting dalam kejuruteraan perisian. Beberapa jenis dokumentasi adalah seperti yang berikut: i) Dokumentasi reka bentuk atau seni bina yang merangkumi gambaran keseluruhan pembangunan perisian, hubungan dengan persekitaran dan prinsip-prinsip pembangunan yang digunakan dalam reka bentuk komponen perisian. ii) Dokumentasi teknikal, termasuklah kod dokumentasi, algoritma, antara muka dan antara muka atur cara aplikasi (API). iii) Dokumentasi pengguna akhir, termasuklah penyediaan manual untuk pengguna, pentadbir sistem dan staf sokongan. iv) Dokumentasi pemasaran, termasuklah cara untuk memasarkan produk dan analisis bagi permintaan pasaran.
sudden ionospheris disturbancegangguan ionosfera mendadakMeteorologiMeteorologi PerhubunganKesan yang disebabkan oleh pengionan tambahan yang dihasilkan secara mendadak di dalam iopnosfera rendah semasa kilau suria. Gangguan ini selalunya dihadkan di dalam hemisfera yang bermatahari, jarang wujud lebih daripada sejam, dan perubahan keamatan suatu tempohnya hampir sepadan dengan keamatan kilau. Antara kesan penting mengiringi gangguan ionosfera mendadak ialah: i. peredaman radio akibat terserapnya gelombang pada frekuensi tinggi (2 � 3mc) di dalam lapisan D; ii. gangguan medan magnet bumi akibat pertambahan kekonduksian lapisan ionosfera bawah; iii. penambahan mendadak atmosferik gelombang panjang yang dirakam dalam julat frekuensi di antara 20 � 100 kc; iv. anomali fasa mendadak gelombang radio frekuensi rendah diskret (10 � 100 kc) akibat percampuan gelombang bumi dan gelombang langit.
administrative control mechanismsmekanisme kawalan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Susunan atau jalinan cara dan pendekatan yang digunakan oleh organisasi untuk mengukur, mengawas dan memantau pelaksanaan tadbir urus serta perjalanan bidang tugas pentadbiran. Mekanisme kawalan pentadbiran perlu bersifat sistematik dan menyeluruh bagi memastikan segala bidang tugas agar tidak menyimpang dari landasan yang ditetapkan. Terdapat empat langkah utama yang menjadi mekanisme kawalan pentadbiran iaitu; (i) menetapkan piawai prestasi; (ii) mengukur pencapaian dan prestasi; (iii) membuat perbandingan dan mendapatkan maklum balas; dan (iv) mengambil tindakan pembetulan. Di samping itu, terdapat tiga pendekatan kawalan pentadbiran iaitu kawalan awal, kawalan serentak dan kawalan maklum balas. Mekanisme kawalan pentadbiran ini penting bagi memastikan operasi pentadbiran tidak terganggu.

memoryingatanTeknologi MaklumatTiadaSatu ruang penyimpanan data dan suruhan secara sementara selagi komputer masih beroperasi. Ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data secara kekal kerana mahal dan meruap. Ingatan selalu di interaksi/dicapai oleh CPU, tetapi ingatan berasingan dengan CPU. Secara asasnya, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza; (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem. (ii) Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data. (iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder. (iv) Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Ciri penting ingatan ialah saiz dan kelajuan ingatan. Faktor saiz bergantung kepada kos. Faktor kelajuan adalah faktor terpenting dan bergantung kepada jenis ingatan. Ingatan juga disebut dengan pelbagai nama seperti ingatan utama, storan utama, storan primer dan ingatan primer.
memoryingatanTeknologi MaklumatTiadaSatu ruang penyimpanan data dan suruhan secara sementara selagi komputer masih beroperasi. Ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data secara kekal kerana mahal dan meruap. Ingatan selalu di interaksi/dicapai oleh CPU, tetapi ingatan berasingan dengan CPU. Secara asasnya, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza; (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem. (ii) Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data. (iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder. (iv) Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Ciri penting ingatan ialah saiz dan kelajuan ingatan. Faktor saiz bergantung kepada kos. Faktor kelajuan adalah faktor terpenting dan bergantung kepada jenis ingatan. Ingatan juga disebut dengan pelbagai nama seperti ingatan utama, storan utama, storan primer dan ingatan primer.

Kembali ke atas