Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nuh] | ڤنوه

Definisi : 1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak: tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn perempuan; ~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~ perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~ semangat dgn bersemangat sekali; sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalan­kan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; memenuhkan menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nuh] | ڤنوه

Definisi : 1 sudah berisi seluruhnya; tidak ada yg terluang lagi: Tangkinya sudah ~. 2 banyak berisi sesuatu: Sakunya ~ dgn buah mata kucing. Orang ramai ~ sesak di stesen kereta api. 3 tidak dikurangkan apa-apa; lengkap: Tiap-tiap bulan, dia menerima gaji ~ sebanyak RM910.00. memenuhi 1 masuk atau dimasukkan ke dlm sesuatu sehingga penuh: Berita ttg peperangan di Vietnam ~ halaman kedua surat khabar hari ini. 2 mencapai sesuatu yg diperlukan; meluluskan atau menyampaikan permintaan dll; menunaikan; mengabulkan: Baginda tidak dpt ~ syarat-syarat itu. memenuhkan menyebabkan sesuatu jadi penuh; mengisi: ~ timba dgn pasir. sepenuh tidak ada kecualinya; selengkapnya; semuanya: Ketika belajar, kita hendaklah memberikan ~ perhatian kpd pengajaran guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Puisi
 

Hujan lebat perigi penuh,
     Kapal besar dari muara;
Kalau tak dapat si buntar penuh,
     Biar kumati berbuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Moncong penuh oleh air,
     perut berisi batu.

Bermaksud :

Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
full throttlependikit penuhKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKedudukan injap pendikit karburetor yang terbuka penuh, apabila injak pemecut ditekan ke paras maksimum.
full rollgulung penuhKesenianHiasan DalamanBarangan (terutamanya permaidani) yang digulung, yang panjangnya sekitar 100 kaki atau 30 meter. Istilah ini turut dikenali sebagai gulung kapal yang digunakan untuk tujuan penghantaran. Ukuran standard gulung penuh berbeza-beza dan ukuran terpendek ialah 30 kaki atau 10 meter, bergantung pada ketebalan permaidani dan kriteria kualiti pengeluar karpet. Di Amerika Syarikat, kebanyakan ukuran gulung penuh adalah antara 12 kaki atau 4 meter dan 15 kaki atau 5 meter lebar dengan saiz 12 kaki atau 4 meter.
utmost good faithpenuh percaya mutlakinsuransTiadaSyarat insurans yang menghendaki tahap kejujuran yang amat tinggi daripada insured dan insurer.
full coverageperlindungan penuhinsuransTiadaBentuk insurans yang menyediakan bayaran tuntutan sepenuhnya tanpa sebarang potongan ke atas semua kerugian disebabkan risiko yang dilindungi.
agonist fullagonis penuhSains KesihatanTiadaKesan maksimum fisiologi yang diperoleh daripada ransangan agonis.
full ratekadar penuhPelanconganTiadaBayaran yang dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan tanpa mendapat sebarang potongan.
complete denturedentur penuhPergigianTiada-
full houseset penuh (terup)SukanTiadaGabungan tiga dan dua set kad terup yang berbeza bunga dengan nilai yang sama.
full throttlependikit penuhKejuruteraan AutomotifEnjinKedudukan injap pendikit yang terbuka sepenuhnya yang dicapai dengan menekan injak pemecut sepenuhnya ke lantai kenderaan. Keadaan ini bergantung pada laras yang ditentukan.
full fundingpendanaan penuhPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas