progressive wave | gelombang progresif | Geografi | Tiada | Gelombang yang dijana sepanjang alur penuh air atau merentasi permukaan laut terdedah. |
saturation syn. degree of ssaturation | ketepuan | Hidrologi | Tiada | (1) Keadaan medium berliang yang lowongnya penuh air. (2) Sin. darjah ketepuan. Nisbah ruang berliang yang dipenuhi air terhadap jumlah ruang berliang. (3) Keadaan udara lengas yang dicirikan oleh keseimbangan sentara atas dari permukaan sejatan di antara molekul yang berpisah dari dan yang turun ke permukaan itu. penyejatan berakhir dalam keadaan demikian. (4) Keadaan keseimbangan dinamik bahan terlarut antara fasa yang berlainan, misalnya sebagai wap, cecair, atau pepejal. Sin.: darjah ketepuan. |
low water full and change | air surut penuh dan ganti | Geografi | Tiada | Tiada |
Kennedy water meter | meter air Kennedy | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Meter air yang menggunakan air mengalir berterusan untuk mengisi penuh silinder dan mengosongkan silinder yang diketahui isi padunya. Isi padu luahan ini akan dicatatkan. Air di dalam silinder akan tercurah keluar apabila pusat graviti isi padu berkenaan menjadi lebih tinggi daripada titik tertentu. |
saturate | tepu | Pertanian | Tiada | 1. Keadaan kesemua ruang liang tanah penuh dengan air. |
saturated zone | zon tepu | Biologi | Ekologi | Zon litosfera yang ruangnya penuh terisi air. |
moisture laden air | udara penuh lembapan | Geografi | Tiada | Perihal udara yang tepu dengan wap air. |
turgor | tugor | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sel hidup normal yang dinding selnya tegang akibat kandungan air yang terdapat di dalamnya penuh. Tekanan osmosis air di dalam tisu di sekitarannya memaksa air masuk ke dalam sel. Keadaan ini diseimbangi oleh tekanan turgor sel pada dinding sel. Kekurangan air di dalam sel akan mengurangkan tekanan turgor sel, dan ini akan memaksa air mengalir ke salam sel sehingga tekanan turgor kembali ke paras normal. Ini menyebabkan air dapat disalirkan daripada sel ke sel dengan tekanan turgor yang dibantu dengan tekanan osmosis air di dalam xilem. Sel turgor juga menjadi sokong mekanik tisu tumbuh-tumbuhan. |
spring tide | pasang perbani | Biologi | Ekologi | Pasang surut yang terjadi semasa atau berdekatan dengan masa bulan penuh, iaitu apabila air pasang adalah tertinggi dan air surut adalah lebih rendah daripada paras minimum. Air pasang perbani terjadi setiap dua minggu. Sinonim pasang purnama. |
rejected recharge | imbuh tolak | Hidrogeologi | Tiada | Air yang menyusup ke muka air tanah kemudian terluah kerana akuifer telah penuh dan tidak dapat menerimanya lagi. Air ini mungkin hanya mengalir keluar beberapa kaki sahaja dari tempat masuknya. Sesekali air menanjak lebih jauh ke singkapan lapisan penekan dan melimpah kerana junaman menurun akuifer penerima tidak dapat meneruskannya dengan cukup cepat. |