converter | penukar | Teknik | Elektrik | Mesin atau peranti elektronik yang berfungsi sebagai penukar arus, frekuensi atau tenaga elektrik dari satu bentuk/jenis ke satu bentuk/jenis yang lain. Ada beberapa kelas penukar termasuk penukar arus terus, penukar segerak, penukar frekuensi, dan penukar fasa berputar. Misalnya, penerus yang menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus. |
1-1 heat exchanger | penukar haba 1?1 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi. |
1-2 heat exchanger | penukar haba 1?2 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis dua laluan dengan memperbaik konsep penukar haba 1-1 secara mengurangkan luas keratan kelompang. Ini dilakukan supaya halaju bendalir meningkat bagi kadar pemindahan haba yang lebih cekap. Bendalir di dalam kelompang hanya mengalir dalam satu laluan tetapi bendalir di dalam tiub pada mulanya mengalir selari dan kemudian menyongsang dengan arah laluan bendalir di dalam kelompang. Dengan ini, bendalir di dalam tiub mengalir dua kali melewati bendalir di dalam kelompang bagi memastikan masa yang cukup untuk menukarkan haba. Penukar haba ini lebih kompleks, mengalami kehilangan geseran yang tinggi, dan gagal menaikkan suhu bendalir di dalam tiub ke suhu menghampiri suhu bendalir di dalam kelompang. |
commutating machine | mesin tukar tertib | Teknik | Elektrik | Motor, penjana, dan penukar berputar yang mempunyai penukar tertib. Kebanyakan mesin jenis ini menggunakan arus terus, kecuali motor tolakan dan motor semesta menggunakan voltan arus ulang-alik. |
gateway | get laluan | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu peranti rangkaian yang bertindak sebagai penukar protokol dan penukar pengalamatan di antara rangkaian yang berbeza protokol. Contohnya get laluan digunakan untuk menghubungkan LAN dengan WAN. Jadi, get laluan bertindak menukar kepala dan ekor paket supaya konsisten dengan protokol rangkaian atau pautan data mesej yang hendak dihantar. |
plate heat exchanger | penukar haba plat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba yang digunakan bagi keadaan tekanan kurang daripada 20 atmosfera bagi bendalir yang mengakis, dan bagi cecair yang berkelikatan hingga ke 3000 poise. Penukar haba ini memerlukan pencucian yang kerap dan pelbagai bendalir panas perlu digunakan serentak. Ia terdiri daripada pemanas yang mengalir di antara pasangan plat berselang yang menyebelahi plat yang mengandungi bendalir sejuk. |
triangular pitch heat exchanger | penukar haba pic segi tiga | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba yang tiubnya disusun dalam bentuk segi tiga sama yang berukuran 1.25 darab garis pusat luar tiub. Penukar haba ini paling murah tetapi tiada ruang untuk pembersihan dan hanya sesuai bagi bendalir pemanas yang bersih sahaja. |
square pitch heat exchanger | penukar haba pic segi empat sama | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba yang tiubnya disusun dalam bentuk segi empat sama dan tiub dijarakkan � inci untuk memudahkan pencucian dengan menggunakan berus. Penukar haba jenis ini digunakan sekiranya bendalir pemanas kotor dan mudah memendapkan kotoran pada permukaan tiub. |
plate heat exchanger | penukar haba plat | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Penukar haba yang terdiri daripada plat-plat tegak yang mempunyai gasket dan saluran untuk mengawal aliran dan membolehkan terjadi aliran selari atau berlawanan. Bendalir pemanasan dan penyejukan mengalir melalui laluan berkeluk yang berselang-seli antara plat tegak. Alat ini mempunyai permukaan pemindahan haba yang luas dan mudah dibersihkan. Penukar haba ini sering digunakan untuk bendalir berkelikatan rendah. |
converter | penukar; pengubah | Kejuruteraan | Tiada | Penukar: Peranti yang ditempatkan dalam fluks neutron terma untuk menghasilkan neutron laju. |