ecriture feminine | penulisan feminin | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang bersifat feminin tanpa mengambil kira penulisnya lelaki atau wanita. Penulisan feminin berbeza dengan penulisan maskulin dari segi bahasa atau wacana maskulin. Menurut pandangan ahli teori Ecriture Feminine, iaitu Helene Cixous, Viginia Woolf, Luce Irigaray, dan Julia Kristeva, tubuh dan pengalaman wanita menjadi rangsangan untuk penulisan feminin. Penulisan ini bersumberkan prabahasa manusia yang bersifat kreatif, terbuka, anjal dan pelbagai. Namun penulisan feminin sukar dihasilkan kerana dominasi wacana maskulin yang bersifat rasional, terarah, tegar, dan tertutup. Penulisan feminin dikenali juga sebagai penulisan wanita. |
ecriture | ecriture | Kesusasteraan | Tiada | Penulisan yang diberikan keutamaan berbanding dengan pengucapan. Sesuatu bentuk penulisan sama ada wacana, konteks sosial, politik dan linguistik semuanya membentuk makna. Dalam kesusasteraan, penulisan mempunyai empat makna seperti yang berikut: (a) penulisan sebagai gaya yang membentuk pandangan hidup dan bukan sesuatu yang neutral (b) penulisan sebagai aktiviti yang merujuk ke dalam diri, dan tidak di luar diri (c) penulisan sebagai difference, iaitu sesuatu yang maknanya sentiasa tertangguh dan berbeza (d) penulisan sebagai ecriture feminine, iaitu penulisan khusus tentang wanita yang bersifat gender. Ecriture berasal daripada perkataan Perancis bererti �penulisan� tetapi pengkritik sastera kurang gemar menggunakan perkataan ini kerana mereka berasa maksudnya kurang tepat. |
backgrounders | maklumat latar | Komunikasi | Korporat | Penulisan yang disediakan dan terdapat dalam kit media. Penulisan ini boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk, seperti laporan, rencana, dan penulisan kritikan. Contoh kandungan penulisan maklumat latar ialah sejarah organisasi, laporan penyelidikan, laporan pemasaran, dan maklumat mendalam mengenai sesuatu acara atau majlis yang diurus oleh organisasi. Penyediaan maklumat latar dalam bentuk ini memudahkan pengguna untuk memahami organisasi atau sesuatu peristiwa. Bahan ini disediakan dalam pelbagai bentuk dan rekaan, seperti lembar, siaran berita, risalah, majalah tahunan, dan terbitan lain yang dianggap membantu meningkatkan kefahaman khalayak terhadap organisasi. Pada peringkat awal, pendekatan menggunakan maklumat latar ini adalah untuk menyebarkan maklumat kepada media. Kemudian, kaedah ini digunakan sebagai alat perhubungan awam untuk menyebarkan maklumat kepada pelawat, orang yang berkepentingan, dan pihak awam. |
cosmopolitan writing | penulisan kosmopolitan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya b |
new journalism | jurnalisme baru | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan yang melibatkan gabungan kaedah penulisan kewartawanan dengan kesusasteraan. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Tom Wolfe sekitar tahun 1960-an melalui karyanya yang berjudul The New Journalism. Penulisan jurnalisme baru menghasilkan ciri-ciri penulisan yang bersifat faktual dan kreatif, mementingkan unsur-unsur kebenaran peristiwa, kekuatan daya imaginasi, dan kehalusan bahasa. Gaya penulisan jurnalisme baru memberi manfaat kepada kedua-dua bidang ilmu, sama ada kewartawanan atau kesusasteraan, khususnya dalam usaha melahirkan suatu bentuk hasil tulisan yang mementingkan kebenaran fakta secara halus dan indah. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, gaya penulisan jurnalisme baru telah bermula pada akhir abad ke-19, antaranya melalui karya tulisan Abdullah Munshi yang berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan. Pada dekad kemudian, gaya penulisan jurnalisme baru dapat dilihat dalam novel Abdullah Hussain seperti Rantau Selamat (1962), Terjebak (1965), Peristiwa (1965), dan Aku Tidak |
grand style | adigaya | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola. |
grand style | adigaya | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola. |
type size | ukuran huruf | Komunikasi | Korporat | Saiz yang diberikan kepada huruf yang digunakan dalam penulisan, rekaan, dan cetakan. Saiz huruf paling kecil yang biasa digunakan dalam cetakan ialah 8 poin. Saiz huruf yang paling besar pula selalu digunakan untuk penulisan tajuk poster, majalah, dan iklan jalanan. Terdapat pelbagai fungsi saiz huruf dalam sesuatu penulisan. Antara yang utama adalah untuk menulis pelbagai jenis tajuk dan mengenal pasti jenis maklumat yang dipaparkan. Saiz huruf tajuk utama biasanya lebih besar daripada saiz subtajuk. Selain itu, maklumat biasa dalam penulisan sering menggunakan saiz huruf 12 berbanding dengan saiz huruf dalam penulisan nota kaki yang biasanya lebih kecil. Jenis kelompok khalayak yang menggunakan sesebuah bahan penulisan juga mempengaruhi ukuran huruf yang digunakan. Pemilihan saiz huruf juga bergantung pada khalayak sasaran sesuatu bahan penulisan tersebut. Bagi khalayak yang telah lanjut usia atau kanak-kanak yang mula belajar membaca, saiz huruf yang digunakan dalam sesuatu bahan penulisan itu adalah lebi |
burlesque | burlesque | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan atau persembahan yang meniru suatu gaya penulisan atau persembahan yang lain dengan tujuan mempersendakannya. Ada dua jenis burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque ini ialah ketidakserasian antara isi dengan gaya. Burlesque tinggi memaparkan perkara remeh-temah dengan menggunakan gaya tinggi dan halus. Contoh burlesque tinggi dalam persembahan drama ialah The Rehearsal oleh George Viliers, sementara contoh dalam penulisan ialah The Rape of the Lock oleh Alexandera Pope. Burlesque rendah pula memaparkan perkara yang serius dengan gaya yang kasar dan sambil lewa. Contoh burlesque rendah dalam pementasan drama muzikal ialah Springtime for Hitler yang dirancang untuk filem Mel Brooks bertajuk The Producers. Contoh dalam penulisan novel ialah Nightmare Abbey oleh Thomas L. Peacock yang mempersendakan gaya novel gotik. Lihat juga novel gotik. |
over writing | tulisan berlebihan | Kesusasteraan | Tiada | Kecacatan gaya penulisan akibat penggunaan kata yang berlebih-lebihan. Penggunaan kata berlebih-lebihan adalah berbunga-bunga, janggal, tidak harmonis, menyakitkan mata apabila membacanya, dan tidak memperlihatkan kepekaan terhadap bahasa. Kecacatan ini disengajakan untuk mendapat kesan tertentu dalam penulisan. Sekiranya tidak disengajakan, penulisan boleh menjadi melodramatik, kasar, dan lewah. |