passenger liabiliy | liabiliti penumpang | insurans | Tiada | Amaun had liabiliti terhadap pengangkutan kepada penumpang ke atas kecederaan anggota badan penumpang adalah berbeza mengikut jenis pengangkutan. Liabiliti terhadap penumpang kapal terbang dihadkan amaunnya oleh konvensyen dan perundangan antarabangsa. Liabiliti tuan punya kapal laut terhadap penumpangnya dihadkan oleh perundangan. Pengguna kenderaan bermotor mungkin tidak boleh mengetepikan tanggungan liabilitinya kepada penumpang melalui kontrak. Dengan itu dia perlu menginsuranskan liabiliti tersebut tanpa had ke atas amaun. |
passenger transfer | pindah penumpang | Pelancongan | Tiada | Proses memindahkan penumpang dari terminal ke destinasi akhir. |
revenue passenger mile | hasil perbatuan penumpang | Pelancongan | Tiada | Pengiraan pendapatan berdasarkan jumlah penumpang berbayar didarab dengan jarak perbatuan perjalanan bagi tujuan penetapan harga tambang. |
passenger service agency | agensi perkhidmatan penumpang | Pelancongan | Tiada | Agensi yang menyediakan perkhidmatan kepada penumpang untuk memudahkan urusan perjalanan. |
aircraft passengers policy | polisi penumpang pesawat udara | insurans | Tiada | Insurans yang berhubung dengan liabiliti kepada penumpang pesawat udara. |
passenger traffic manager | pengurus trafik penumpang | Pelancongan | Tiada | Individu yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pergerakan penumpang dari satu destinasi ke destinasi yang lain. |
passenger service agent | ejen perkhidmatan penumpang | Pelancongan | Tiada | Wakil agensi yang menguruskan segala urusan perkhidmatan kepada penumpang. Sinonim passenger service representative. |
passenger car unit (C.P.U.) | unit kereta penumpang | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Unit penyetaraan yang menyetarakan semua jeniss kenderaan berdasarkan unit kereta penumpang. |
aerobridge | jambatan udara | Aeroangkasa | Tiada | Jejambat bertutup yang digunakan oleh penumpang untuk naik atau turun dari pesawat udara. Kegunaannya di terminal pelabuhan udara adalah untuk kemudahan penumpang di samping memberi keselesaan dan keselamatan. |
design weight | berat rekaan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Berat kenderaan yang direka dan disesuaikan untuk proses rekaan agar prestasi pada berat ini berada pada tahap optimum. Contoh berat rekaan untuk kereta dengan lima tempat duduk ialah berat kosong ditambah dua penumpang (seorang pemandu dan seorang penumpang), kargo seberat 14 kilogram (7kg x 2 penumpang) ditambah berat tangki minyak penuh. |