power concentration | penumpuan kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan kuasa yang tertumpu kepada seseorang atau sesebuah parti poIitik tanpa diagihkan kepada orang atau parti lain. Penumpuan ini menjadikan individu atau kelompok tersebut mendominasi politik dalam negara tersebut. Di samping itu, kuasanya turut mengawal perjalanan ekonomi dan undang-undang negara. Kuasa membuat undang-undang (legislatif), melaksanakan (eksekutif) dan mentafsir undang-undang (kehakiman) semua terIetak di tangan penguasa ini. Penguasa ini tidak mempunyai badan penyemak dalam pemerintahannya dan ini menjadikannya bebas mengenakan tekanan kepada sesiapa sahaja. Contohnya, penumpuan kuasa yang terdapat dalam pemerintahan sultan atau raja masyarakat Melayu tradisional dahulu dan diktator fasis dalam pemerintahan moden. |
convergence | penumpuan | Pendidikan | Tiada | Kebolehan untuk mengarah atau mengacu kedua-dua mata dengan tepat terhadap objek yang sama pada jarak dekat pada masa yang sama. |
polarization | (1) Penumpuan unit-unit ekonomi di sesuatu kutub pertumbuhan. (2) Pemisahan masyarakat kepada kelas atau ras yang jelas. | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | (1) pengutuban; (2) polarisasi |
convergent evolution | evolusi penumpuan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Evolusi bebas (mandiri) yang berlaku ke atas ciri yang sama dalam spesies pada jangka masa yang berbeza. Kejadian ini menghasilkan struktur analog yang mempunyai fungsi atau bentuk yang sama tapi tidak wujud dalam leluhur kumpulan ini. |
centrality index | indeks pemusatan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Penumpuan berdasarkan satu pengukuran fungsi, saiz, perkhidmatan, dan kesampaian sesuatu pusat berbanding dengan pusat-pusat lain dalam sesebuah kawasan. |
transmedia | transmedia | Umum | Tiada | Interaksi antara pelbagai bentuk media yang membawa kepada penumpuan dan juga pemindahan kandungan dari satu bentuk media ke bentuk yang lain. Dengan kata lain, transmedia merujuk kepada hubungan antara pelbagai bentuk media. |
gully erosion | hakisan galur | Herba | Tiada | Sejenis hakisan tanah ladang herba akibat penumpuan larian air selepas hujan lebat yang membentuk galur di tanah. Hakisan tanah perlu dikawal untuk mengurangkan kemusnahan tanaman herba. |
rill erosion | hakisan gegalur | Herba | Tiada | Sejenis hakisan tanah ladang herba akibat penumpuan larian air hujan atau pengairan yang membentuk alur kecil berukuran hanya beberapa sentimeter dalam dan lebar, dan bersifat sementara. Hakisan tanah perlu dikawal untuk mengurangkan kemusnahan tanaman herba. |
centripetal force | daya memusat | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Tekanan yang mendorong penumpuan pertumbuhan pembangunan ke kawasan pusat. |
regional economy | ekonomi wilayah | Ekonomi | Tiada | Kajian ekonomi yang menganalisis pertumbuhan dan pembangunan sesuatu kawasan geografi. Penumpuan selalunya diberi pada penyediaan garis panduan perancangan dan pembangunan wilayah, dan peranan masa depannya dalam ekonomi negara. |