turn and bank indicator | penunjuk belok dan miring | Aeroangkasa | Tiada | Satu alat yang menggabungkan fungsi penunjuk belokan dan penunjuk gelincir sisi. |
indicator | penunjuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Alat yang digunakan untuk mendapatkan gambar rajah perubahan tekanan-isi padu atau tekanan-masa, perubahan dalam enjin stim dan juga enjin omboh ketika kitar ker. 2. Carta yang dilukiskan gambar rajah penunjuk menggunakan penunjuk enjin yang menyurih gambar rajah kitar prestasi sebenar ketika enjin beroperasi. |
universal indicator | penunjuk semesta | Kimia | Tiada | Campuran bahan pewarna penunjuk yang menghasilkan perubahan warna yang beransur-ansur dalam julat pH yang besar. Penunjuk semesta lazimnya mengandungi metil jingga, metil merah, bromotimol biru dan fenolftalein yang masing-masing bertukar kepada warna jingga, kuning, hijau, biru dan ungu antara nilai pH 3 – 10. Penunjuk ini terdapat dalam bentuk cecair atau kertas uji. |
relative addressing | pengalamatan relatif | Kejuruteraan | Tiada | Suatu kaedah pengalamatan ingatan apabila maklumat yang dikehendaki ditentukan lokasinya dengan menambah jarak dari suatu penunjuk kepada penunjuk itu. [KC] |
rate of climb indicator | penunjuk kadar kenaikan | Kejuruteraan | Tiada | Peranti yang digunakan untuk menunjukkan perubahan kedudukan tegak pesawat udara dengan membandingkan tekanan udara luar sebenar dengan isi padu rujukan. Sinonim: penunjuk kadar penurunan penunjuk laju tegak. |
indicator paper | kertas penunjuk | Kimia | Tiada | Kertas turas yang ditepukan dengan larutan penunjuk dan kemudian dikeringkan. Kertas penunjuk digunakan untuk mengesan kehadiran sebatian trtentu berdasarkan pertukaran warna. Misalnya, kertas litmus. |
bell indicator | penunjuk loceng | Teknik | Elektrik | Peranti yang mempunyai nombor untuk menunjukkan tempat dari mana datangnya panggilan atau berlakunya kecemasan. Penunjuk ini biasanya dipasang dengan loceng di bilik utama atau bilik pengawas. Apabila punat tekan loceng di tempat berkenaan ditekan, loceng akan berbunyi dan nombor penunjuk litar berkenaan akan dipaparkan. Ini dilakukan oleh elektromagnet yang terdapat pada setiap litar penunjuk itu. |
aneroid barometer | barometer aneroid | Perikanan | Tiada | Alat pengukur tekanan atmosfera yang terdiri daripada ruang vakum atau sifon yang terletak di bawah besi nipis, serta satu hujung diafragma yang tetap dan satu hujung diafragma lagi yang bersambung dengan penunjuk skala. Penunjuk skala berfungsi merekodkan pergerakan diafragma semasa perubahan tekanan atmosfera. |
external indicator | penunjuk luar | Kimia | Tiada | Penunjuk yang ditambahkan beberapa titis larutan di dalam tindak balas utama berlaku. |
adsorption indicator | penunjuk penjerapan | Kimia | Tiada | Penunjuk yang digunakan untuk mengesan sedikit kelebihan bahan atau ion di dalam larutan. |