Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.ras] | ڤنورس

Definisi : alat utk menapis, penapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.ras] | ڤنورس

Definisi : alat utk menapis; tapisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penuras


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
filter bypasspintasan penurasKejuruteraan AutomotifEnjinInjap berpegas yang dipasang pada penapis minyak yang membenarkan minyak pelincir mengalir melalui laluan pintas di sekeliling penuras semasa penuras tersumbat. Melalui cara ini, minyak masih boleh dibekalkan kepada enjin walaupun penapis minyak tersumbat. Keadaan ini biasanya berlaku sekiranya penapis minyak tidak ditukar mengikut jadual penyelenggaraan.
hydrophobic filterpenuras hidrofobikSains KesihatanTiadaPenuras yang tidak dibasahi bahan berair.
digital filterpenuras digitalKimiaKimia AnalisisPenuras elektrik yang bergerak balas kepada input yang telah ditentukan kuantitinya dalam bentuk denyut.
auditory filterpenuras auditoriSains KesihatanTiadaSistem auditori yang bertindak seperti penuras yang berupaya membahagi-bahagikan komponen frekuensi bunyi yang kompleks yang diberi secara serentak. Individu yang cacat pendengaran tidak mempunyai keupayaan ini dan kerana itu mereka sukar mendengar walaupun menggunakan alat bantu pendengaran.
percolatorperkolatorHerbaTiadaAlat penuras yang terdiri daripada turus yang mempunyai penuras atau sinter perantara untuk menghalang bahan herba daripada terkeluar. Pili di bahagian bawah turus digunakan untuk mengawal kadar aliran cecair.
mucous-bag suspension feederpenuras ampaian beg-mukusSains MarinTiadaOrganisma yang mendapatkan makanan, iaitu dengan meng- gunakan bahan penuras berupa beg-mukus atau perangkap lendir. Menerusi kaedah ini, lembaran mukus atau lendir digunakan untuk memerangkap zarah makanan yang terapung dalam air. Contohnya, cacing poliketa Chaetopterus yang hidup di dalam tiub berbentuk U dan mengepam air melalui tiub tersebut yang perlu melepasi lembaran mukus. Zarah makanan yang terperangkap digulung membentuk bebola dan seterusnya ditelan.
oil filterpenuras minyakKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang dipasang pada sistem pelinciran untuk menyingkirkan zarah pelelas daripada minyak pelincir. Minyak pelincir perlu dituras sebelum dikitar semula dan digunakan semula sebagai pelincir. Proses ini dapat mengurangkan kehausan komponen yang bergesel dalam enjin. Bahan penuras diperbuat daripada medium poros seperti kertas.
fuel filterpenuras bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang terletak dalam talian bahan api bertujuan menapis bahan api daripada sebarang kotoran dan benda asing sebelum memasuki karburetor atau sistem penyuntik. Bahan peranti ini diperbuat daripada bahan berliang seperti kertas dan seramik. Komponen ini perlu diganti dalam jangka masa tertentu mengikut jadual penyelenggaraan bagi mengelakkan gangguan bekalan bahan api dari tangki simpanan ke enjin.
bypass oil filterpenapis minyak pintasKejuruteraan AutomotifEnjinPenuras berupa kartrij yang digunakan dalam sistem minyak pelinciran automatik untuk membuang zarah logam dan hasil haba penguraian daripada minyak yang mengalir. Penapis minyak pelincir ini juga menapis sebahagian daripada minyak yang mengalir melalui enjin.
pseudofecesnajis palsuSains MarinTiadaBahan yang tidak diterima sebagai makanan oleh organisma moluska penuras ampaian. Bahan ini dikumpul dan dibalut bersama lendir (mukus) di dalam rongga mantel moluska dan disingkirkan keluar tanpa melalui sistem pencernaan.
12

Kembali ke atas