Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.ru.nan] | ڤنورونن

Definisi : 1. bahagian bukit (lereng, jalan, dll) yg menurun, lwn pendakian: akhir sekali, akan berhenti pendakian dan ~ itu di satu padang yg luas terbentang; 2. perihal menuruni atau menurunkan (dlm berbagai-bagai makna), pembongkaran (barang dr kapal dll); 3. perihal merendahkan (harga, nilai, dll), pengurangan, penyusutan: ~ nilai mata wang Sterling akan membaiki keadaan ekonomi British yg sedang merosot; 4. (Kim) proses mengeluarkan oksigen drpd sebatian atau memasukkan hidrogen ke dlm sebatian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.ru.nan] | ڤنورونن

Definisi : 1 bahagian bukit, jalan dll yg menurun; lw pendakian. 2 hal (perbuatan dsb) turun, menuruni atau menurunkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reduction potentialkeupayaan penurunanKimiaKimia AnalisisKeupayaan yang terlibat dalam proses penurunan. Misalnya penurunan ion bercas positif yang lebih kecil atau penurunan atom neutral kepada ion bercas negatif.
emission reduction unit (ERU)unit penurunan pelepasan (ERU)Teknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKuantiti pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang dikeluarkan secara usaha sama di bawah terma Protokol Kyoto. Unit penurunan pelepasan dinyatakan dalam unit penurunan setara satu tan karbon dioksida (CO2).
pay cutpengurangan gajiPengurusanTiadaPenurunan dalam gaji seorang pekerja bagi mengurangkan pemberhentian kerja dalam tempoh kemelesetan ekonomi. Keadaan ini sementara atau tetap, dan mungkin disertakan dengan penurunan tanggungjawab.
polarographic wavegelombang polarografiKimiaKimia AnalisisLengkung arus lawan voltan dalam polarogram yang mencirikan fenomena elektrod secara kualitatif bagi proses penurunan. Kenaikan mendadak daripada arus baki kepada arus pengehad di dalam polarogram disebabkan oleh penurunan sesuatu spesies dalam sel polarografi. Gelombang ini merupakan ciri spesies yang terturun.
decrement (value)penurunan (nilai)Penilaian Harta TanahTiadaTiada
diminution of valuepenurunan nilaiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
oxidation-reduction indicatorpenunjuk pengoksidaan-penurunanKimiaKimia Analisislih. penunjuk redoks.
emaciationkekurusanPerikananAkuakulturPenurunan berat badan yang melampau akibat daripada kehilangan lemak di bawah kulit dan otot di seluruh badan ikan. Kekurusan ini berpunca daripada ikan yang sakit atau kekurangan pemakanan.
amblyopiaambliopiaSains KesihatanTiadaPenurunan tahap penglihatan tanpa ketidaknormalan pada mata atau tapak jalan penglihatan yang tidak dapat dibaiki dengan alat bantu optik.
hereditypewarisanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenurunan ciri genetik daripada ibu bapa kepada anak. Ciri yang diwariskan terletak dalam DNA sperma dan ovum serta diwariskan semasa berlaku persenyawaan.
12345

Kembali ke atas