Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll: Sbg ~, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd hadirin yg sudi datang ke majlis ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
camshaft coverpenutup sesondolKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang menutup bahagian sesondol dan rangkaian injap. Gasket getah diletakkan di antara penutup dengan kepala silinder bagi mengedap minyak pelincir dan hingar daripada terkeluar. Penutup ini melindungi rangkaian injap daripada sebarang gangguan luar.
boot lidpenutup butKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenutup ruang barang.
arm coverpenutup lenganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPelindung lengan untuk mengelakkan percikan bunga api ketika mengimpal.
Kerr shutterpenutup KerrFizikNanoteknologiPeranti yang bersifat seperti suis yang dapat membuka dan menutup alur cahaya menggunakan kesan Kerr apabila sesuatu bahan dikenakan medan elektrik. Contoh bahan ialah cecair dielektrik nitrobenzena ataupun filem tipis bahan organik tertentu.
wall coveringpenutup dindingKesenianHiasan DalamanBahan yang digunakan untuk menutup permukaan dinding, contohnya kertas, fabrik, plastik dan kayu.
manhole coverpenutup lurangPenilaian Harta TanahTiadaTiada
brake hoodpenutup brekSukanLumba BasikalAlat yang menutup pengawal brek.
packaging materialbahan pembungkusanHerbaTiadaBahan yang digunakan untuk membungkus sediaan herba seperti botol, penutup, vial, kotak, karton dan sebagainya. Bahan pembungkusan boleh dibuat daripada bahan kaca, plastik, kertas, tin dan foil aluminium. Terdapat dua jenis bahan pembungkusan, iaitu primer dan sekunder. Pembungkus primer ialah bahan yang bersentuhan secara langsung dengan sediaan herba seperti botol, penutup, vial, ampul, kelongsong, uncang dan pek blister. Pembungkus sekunder seperti kotak dan karton ialah bahan yang membungkus pembungkusan primer.
cover croptanaman penutup bumiPertanian OrganikTanaman Makanan-
cover cropstanaman penutupPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345

Kembali ke atas