coronary artery diseases | penyakit-penyakit arteri koronari | Kejururawatan | Tiada | Keadaan atau penyakit yang disebabkan oleh kesempitan arteri koronari yang mengakibatkan gangguan bekalan darah ke miokardium. Contoh, angina pektoris dan infarksi miokardium. |
antiserum | antiserum | Kejururawatan | Tiada | Serum yang mengandungi antibodi menentang sesuatu jenis antigen. Antiserum disuntik untuk memberi rawatan dan perlindungan sementara terhadap penyakit-penyakit tertentu. |
medicinal purpose | tujuan ubatan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sebarang kegunaan bahan untuk tujuan mengurangkan, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit atau simptom penyakit, mendiagnosis penyakit atau menentukan kewujudan atau tahap keadaan fisiologi atau patologi, kontrasepsi, mengaruh anestesia, mengekalkan, mengubah suai, mencegah, memulihkan, atau mengganggu, fungsi fisiologi normal; mengawal berat badan; dan mengekalkan atau mempromosi kesihatan atau kesejahteraan umum. |
diagnosis | diagnosis | Perikanan | Akuakultur | Kaedah untuk menentukan punca penyakit ikan. Kaedah ini melibatkan beberapa langkah atau ujian yang bermula dengan penelitian rekod kejadian jangkitan atau penyakit ikan dan diikuti dengan pemeriksaan tanda-tanda penyakit, pencarian punca penyakit, pengujian pengesahan patogen di makmal dan seterusnya mencadangkan langkah kawalan atau rawatan setelah punca penyakit ikan dikenal pasti. |
prognosis | prognosis | Perikanan | Akuakultur | Peramalan untuk menentukan jenis penyakit, tanda dan gejala penyakit akan bertambah baik/buruk atau tetap stabil dari semasa ke semasa, dan kemungkinan jangka hayat ikan tersebut. Prognosis dibuat berdasarkan pada situasi penyakit yang didiagnosis, keadaan fizikal ikan serta rawatan yang ada. |
pest control | kawalan perosak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan terhadap sebarang organisma yang menyebarkan penyakit, membawa penyakit atau menyebabkan kerosakan. Kawalan perosak bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau atau mengurangkan jumlah makhluk perosak. Antara contoh perosak ialah bakteria, virus, kulat, rumpai, serangga, tikus atau burung. |
yaws | puru | Kejururawatan | Tiada | Sejenis penyakit berjangkit sistematik akibat infeksi spiroket Treponema pertenue. Penyakit ini lazimnya dihidapi oleh kanak-kanak di kawasan tropika. Antara ciri penyakit ini ialah lesi bergranuloma di seluruh tubuh yang akhirnya berkembang menjadi lesi seperti pada penyakit sifilis. Keadaan ini akhirnya boleh merosakkan tulang. |
disability income insurance | insurans pendapatan hilang upaya | insurans | Tiada | Insurans kesihatan yang menyediakan pembayaran bertempoh apabila insured tidak berupaya untuk bekerja akibat penyakit, wabak penyakit atau kecederaan. |
chronic disease | penyakit kronik | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada ikan yang berlarutan dan sukar sembuh. Penyakit kronik boleh menunjukkan tanda-tanda klinikal atau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal. |
epizootic disease | penyakit epizootik | Perikanan | Akuakultur | Penyakit ikan yang menyerang sebilangan besar kumpulan ikan dalam satu masa yang sama. Penyakit ini merebak dengan cepat dan memberi kesan kepada populasi ikan di dalam suatu kawasan tertentu. |