scribal error | kesilapan penyurat | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesilapan seperti yang dijelaskan di atas menyebabkan terjadinya beberapa versi manuskrip. Lihat juga kata silap. |
text criticism | kritikan teks | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang cuba mendapatkan versi naskhah yang paling tepat dengan cara membandingkan semua versi manuskrip yang sedia ada. Tujuan kritikan teks adalah untuk merekonstruksi niat pengarang asalnya dan mengeyahkan kesilapan penyalin, pencetak, dan interpolasi yang merosakkan teks asal. Lihat juga stema. |
collophon | kolofon | Kesusasteraan | Tiada | Maklumat pada bahagian akhir sesebuah manuskrip bertulis tangan atau bercetak yang mencatatkan nama pengarang, tajuk karya, tarikh diterbitkan, dan nama pencetak. Dalam konteks penulisan moden, kolofon biasanya terdapat pada bahagian awal buku, mencatakan nama penerbit, tempat terbit, tanda dagangan, jenis kertas, jenis huruf, dan sebagainya. Dalam tradisi penulisan manuskrip lama, kolofon merupakan salah satu bahagian yang sangat penting untuk diketahui oleh pembaca. Pada bahagian tersebut, pembaca akan mengetahui nama pengarang, penyalin manuskrip, tarikh dan tempat manuskrip ditulis atau disalin. Maklumat yang diperoleh menjadi panduan kepada pembaca atau pengkaji untuk mengetahui sejarah dan latar belakang manuskrip berkenaan. Manuskrip yang tidak mempunyai kolofon akan memberikan pelbagai masalah kepada pembaca atau pengkaji untuk menentukan kedudukan manuskrip berkenaan. Contohnya, dablah Hikayat Raja Pasai (Russell Jones, 1987), terdapat kolofon seperti yang berikut: �Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang mendengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wa taala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat shafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wassalam. Tamat hari Isnin, kepada hari, Dua puluh sa, kepada bulan, Muharam, sanat za Hijratul Nabi 1230, Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapupu nagari Demak nagari Bagor , warsa 1742.� |
codex | kodeks | Kesusasteraan | Tiada | Bahan tulisan lama dalam bentuk manuskrip atau naskhah bertulis tangan. Manuskrip terkumpul dalam bentuk buku berjilid daripada kayu, kertas atau kulit mengikut kaedah penjilidan yang awal. Sebahagian besar daripada bahan bertulis ini masih kekal terpelihara dan tersimpan di pelbagai perpustakaan, arkib atau muzium di seluruh dunia. Dalam ilmu filologi, kajian tentang kodeks dikenali sebagai kodikologi. Kajian kodikologi melibatkan usaha memberikan keterangan tentang naskhah. Contohnya, kajian melibatkan usaha mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat naskahah (seperti kayu, kertas, dan kulit), jenis alat tulis, jenis dakwat, usia naskhah, siapa penulisnya, penyalin atau penyusun, tempat ditulis, disalin atau disusun, dan sebagainya. Kodeks berasal daripada perkataan latin codex yang bermaksud �block of wood� (bongkah kayu). Lihat juga kritikan teks. |
deletion | penghapusan | Kesusasteraan | Tiada | Penghilangan perkataan pada sesuatu karya sastera yang disengajakan. Penghapusan perkataan atau frasa merupakan suatu praktis yang dimulakan oleh Martin Heidegger dan dipopularkan oleh Jacqueds Derrida. Kumpulan pembaca pruf menghapuskan perkataan dengan memangkahnya dan menggantikannya dengan yang lain. Pemangkahan perkataan itu masih tertera dalam teks. Jacques Derrida melakukan penghapusan untuk menunjukkan bahawa sesetengah perkataan dan frasa tidak sesuai tetapi penulis tidak dapat memberi kata gantian yang lebih jelas. Tanda pemangkahan ini juga bertujuan menarik perhatian pembaca tentang kekurangan atau kesahan sesuatu perkataan atau frasa. Terdapat juga penyalin yang melakukan pelbagai pengguguran terhadap karya asal. Akibat penghapusan itu, muncul beberapa versi baharu yang berbeza dengan karya asal. Namun, tujuannya untuk menambahbaikkan karya tersebut. Lihat juga kritikan teks, kritikus aparatus. |
emendation | pembetulan | Kesusasteraan | Tiada | Pembaikan yang dilakukan terhadap teks yang dianggap mempunyai kesalahan atau kesilapan tertentu. Pembetulan biasanya dilakukan oleh editor atau penyunting untuk membaiki teks agar lebih mudah difahami pembaca dan tepat isi kandungannya. Antara bentuk pembetulan yang dilakukan termasuklah dari segi tatabahasa, ketepatan fakta dan susunan teks. Teks yang dimaksudkan termasuklah penulisan buku ilmiah, buku sastera, buku umum, esei dan rencana. Pembetulan merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam proses penulisan. Bahan tulisan awal akan disaring oleh editor atau penyunting sebelum diterbitkan. Dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, pembetulan sering berlaku dalam aktiviti penyalinan atau penulisan semula sesebuah naskhah manuskrip. Terdapat penyalin yang membuat pelbagai perubahan atau tokok-tambah terhadap naskhah asal, bertujuan membaiki naskhah yang disalinnya. Oleh itu, pembetulan dilihat sebagai aktiviti yang membawa kebaikan terhadap sesebuah karya, namun boleh menyebabkan kemunculan versi naskhah yang berbeza. Lihat juga anotasi, kritikan teks. |
apparatus criticus | kritikus aparatus | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah membuat suntingan kritis terhadap karya dengan cara membandingkan beberapa sumber atau versi manuskrip yang berbeza. Kritikus aparatus biasa terdapat dalam kajian filologi, terutamanya semasa membuat suntingan atau transliterasi terhadap sesuatu naskhah manuskrip yang mempunyai vesi yang berbeza. Secara umumnya, sesuatu teks Melayu lama wujud dalam beberapa salinan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Pengkaji akan memilih sebuah naskhah manuskrip yang dianggap terbaik dan membuat edisi, transliterasi, atau transkripsi berdasarkan naskhak tersebut. Semasa membuat edisi, pengkaji akan membuat kritikus aparatus dengan cara membandingkan naskhah yang dianggap terbaik tadi degan beberapa variasi naskhah lain. Kritikus aparatus biasanya dibuat pada bahagian nota kaki. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam kritikus aparatus termasuklah memberikan ulasan atau sebab. Sesuatu pilihan dibuat dengan mengemukakan bukti konkrit berdasarkan naskhah lain, sama ada dari segi perbezaan huruf, perkataan, atau struktur ayat. Pengkaji juga boleh mengemukakan bukti kukuh tentang kesalahan yang terdapat dalam naskhah (kemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh penyalin), terutamanya wujud unsur kesilapan ejaan, penggantian perkataan, perulangan, kehilangan maklumat, dan sebagainya. Kritikus aparatus sangat penting kerana edisi, transliterasi, atau transkripsi naskhah yang dilakukan darpat dipertahankan kesahihannya, khususnya dalam usaha untuk mendapat suatu edisi yang bersifat ilmiah. Suatu edisi naskhah yang tidak memperlihatkan kritikus aparatus yang baik dan menjdikan edisi tersebut kurang berwibawa dan sering menimbulkan persoalan kepada para pembaca. Contoh kritikus aparatus yang baik dapat dilihat dalam transkripsi teks Sejarah Melayu oleh Abdul Rahman Haji Ismail (1998) dan transkripsi Syair Bidasari yang diusahakan oleh Jamilah Hj. Ahmad (1989). Contoh dalam sastera Arab ialah Kitab al-Tashbihat diusahakan oleh M. �Abd. Al,mu�id Khan dalam sastera Parsi, transkripsi teks Gulistan-i Sa�di diusahakan oleh Ghulam Husayn Yusufi, dan dalam sastera Turki, transkripsi teks Idahu�?-Hikem diusahakan oleh Bilal Kuspinar. Lihat juga anotasi. |