compressor | pemampat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Komponen yang terdapat dalam sistem penyaman udara yang digunakan untuk memampatkan wap bahan pendingin supaya tekanan dan suhu meningkat. |
clutch solenoid | solenoid cekam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Solenoid yang terdapat pada penyaman udara, untuk membolehkan cekam melekat pada kapi pemacu pemampat. Apabila cekam melekat, pemampat akan dipacu dan sistem penyejuk mula beroperasi. |
discharge side | bahagian nyahcas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang tedapat dalam sistem penyaman udara yang berada pada tekanan tinggi, iaitu dari alur keluar pemampat ke pemeluwap. |
suction line | talian sedutan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tiub yang terdapat dalam sistem penyaman udara, yang menyambungkan alur keluar penyejat dengan alur masuk pemampat. Wap bahan pendingin bertekanan rendah mengalir melalui tiub tersebut. |
suction pressure | tekanan sedutan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tekanan dalam talian sedutan sistem penyaman udara. |
high pressure line | talian tekanan tinggi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Saluran dari alur keluar pemampat penyaman udara melalui pemeluwap hingga ke injap pengembangan termostatilk. Saluran ini mempunyai tekanan tinggi. |
thermostatic expansion valve | injap pengembangan termostatik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Komponen yang terdapat dalam sistem penyaman udara yang mengawal secara termostatik kadar aliran bahan pendingin yang mengalir masuk ke dalam penyejat. |
vapour lines | talian wap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Saluran yang membawa wap bahan pendingin dalam sistem penyaman udara. |
thermostatic cycling switch | suis kitaran termostatik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Dalam sesetengah cekam kitaran yang dipasang dalam sistem penyaman udara, suis akan mematikan cekam pemampat jika suhu penyejat berada di bawah aras beku untuk mengelakkan terbentuknya air batu pada penyejat. |
accessory | aksesori | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang tidak memainkan peranan secara langsung dalam pergerakan enjin, misalnya radio dan penyaman udara. |