Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.ma.ran] | ڤڽامرن

Definisi : perbuatan dsb menyamar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.ma.ran] | ڤڽامرن

Definisi : perbuatan (atau hal) menyamar atau menyamarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyamaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
replay attackserangan ulanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas rangkaian yang menyebabkan data yang dihantar oleh pengguna melalui rangkaian dipintas dan dihantar semula secara tidak sah oleh pengguna hasad. Serangan ini bertujuan untuk penyamaran atau pengubahan data. Penyamaran ulangan melibatkan paket data yang mengandungi kata laluan seseorang pengguna boleh dipintas dari rangkaian oleh pengguna hasad. Setelah pemintasan, pengguna hasad boleh melawati laman yang dikunjungi pengguna sebenar dan mengulangi penghantaran paket tersebut untuk mensimulasikan kemasukan kata laluan. Contoh variasi serangan ulangan untuk perubahan data pula ialah fenomena yang berlaku dalam urus niaga perbankan apabila paket urus niaga deposit wang ke dalam suatu akaun dipintas. Paket data yang sama boleh diulang berkali-kali untuk mensimulasikan deposit wang yang berterusan. Banding serangan aktif dan serangan pasif.
catfishingpenyamaran personaKriminologiTiadaTiada
catfishingpenyamaran personaKriminologiTiadaAktiviti menipu dengan mencipta persona fiksyen atau identiti palsu dalam perkhidmatan rangkaian sosial.
disguisesamarKesusasteraanTiadaUnsur penyamaran motif-motif tertentu dalam komedi romantik misalnya seorang wirawati menyamar diri sebagai seorang lelaki, atau si pemuda menyamar dengan pelbagai cara untuk membolehkan dia menemui kekasihnya.
spoofperdayaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenyamaran identiti aset sistem komputer seperti data, pengguna atau peranti untuk memperdaya pihak yang disasarkan tentang kesahihan aset berkenaan, sumber dan sebagainya.
masquerade attackserangan penyamarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan oleh pengguna hasad menggunakan maklumat identiti pengguna atau hos lain untuk memperoleh capaian ke atas suatu sistem komputer sasaran. Serangan ini biasanya terlebih dahulu melibatkan pengumpulan maklumat tentang pengguna atau hos secara pemintasan atau pencurian. Serangan ini sering dilakukan dengan menyediakan hos atau komputer penyamar yang mengandungi antara muka yang sama dengan komputer sasaran. Lihat juga hos penyamaran dan komputer penyamaran.
Macau scampenipuan MacauKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kewangan yang melibatkan penipuan dengan menggunakan telekomunikasi yang dimulakan oleh sindiket di Macau. Contoh penipuan Macau ialah panggilan telefon kepada pemenang bertuah, membuat tuntutan penculikan, penyamaran sindiket sebagai anggota polis, pegawai Bank Negara atau pegawai bank yang lain.

Kembali ke atas