Dutchman | penyambung permaidani Belanda | Kesenian | Hiasan Dalaman | Penyambungan permaidani tambahan kepada permaidani utama. Kerja penyambungan ini dianggap sebagai suatu kecacatan. Oleh itu, perancangan awal yang teliti boleh mengurangkan berlakunya penyambungan tersebut, sekali gus mengelakkan pembaziran dan ketidakseragaman. |
distance-based phylogenetic method | kaedah filogenetik berasaskan jarak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik berasaskan jarak berpasangan bagi menghasilkan jarak matriks. Jarak ini digunakan untuk pentaabiran pepohon genetik. Contoh kaedah ini ialah penyambungan bersebelahan. Lihat juga penyambungan bersebelahan. |
glued securely | perekat kemas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses pengikatan atau penyambungan yang kemas dan ketat pada sesuatu bahan (objek) tanpa menampakkan garisan penyambungan. |
network topology | topologi rangkaian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perwakilan berbentuk gambar rajah berskema yang menunjukkan pengagihan dan penyambungan rangkaian dalam sebuah organisasi. Perwakilan ini juga menunjukkan lokasi dan menerangkan cara setiap media komunikasi yang digunakan dalam rangkaian seperti pemasangan dan penyambungan wayar. Sempadan segmen rangkaian dan aliran maklumat turut dipaparkan. |
worm attack | serangan cecacing | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan kod hasad cecacing yang mereplikakan dirinya tanpa had dan tersebar ke seluruh rangkaian hingga menyebabkan peranti penyambungan, pelanggan dan pelayan terbeban dengan terlalu banyak salinan cecacing untuk diproses. Akibatnya, permohonan untuk penyambungan lain turut gagal. |
neighbour-joining | penyambungan bersebelahan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang digunakan untuk membina pepohon filogenetik bermula dengan pengiraan jarak berpasang. Pasangan ini dihubungkan satu persatu berdasarkan persamaan jarak bagi membentuk satu pepohon yang lengkap. |
extension of lease | penyambungan pajakan; sambungan pajakan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
extension of use | penyambungan guna | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
hamming | pelekapan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kaedah penyambungan dua kepingan logam nipis tanpa melibatkan pengimpalan |
terminal | terminal | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Punca atau simpang untuk penyambungan elektrik. |