Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.ta] | ڤڽات

Definisi : sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan ke­dudukan kira-kira; ~ tahunan laporan ta­hunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.ta] | ڤڽات

Definisi : yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
auditauditEkonomiTiadaPemeriksaan penyata kewangan organisasi seperti firma atau pertubuhan sosial oleh juruaudit untuk menentukan sama ada penyata telah diuruskan dengan cara yang betul.
materialitykematananAuditTiadaKonsep asas perakaunan yang memerlukan juruaudit membuat pertimbangan profesional bagi tujuan pelaporan penyata kewangan. Konsep kematanan juga ialah penentu yang signifikan terhadap usaha audit dalam menentukan ketepatan tahap salah nyata boleh terima dalam penyediaan penyata kewangan. Kematanan penting bagi memastikan pendapat yang diberikan adalah benar dan saksama terhadap situasi kewangan entiti tersebut.
returnpenyata;pulanganPenilaian Harta TanahTiadaTiada
rent rollpenyata sewaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
planning balance sheetpenyata kira-kira perancanganPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaAnalisis perancangan fizikal yang mengambil kira kesan atau implikasi ekonomi dan kewangan untuk membantu memantapkan keputusan perancangan.
occupier's returnpenyata penghuniPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Owner's returnpenyata pemilikPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Owner's returnpenyata pemilikPenilaian Harta TanahTiadaTiada
budgetbelanjawanEkonomiTiadaPenyata hasil dan perbelanjaan yang dirancang oleh individu, kumpulan, organisasi, atau kerajaan bagi suatu jangka masa tertentu yang biasanya satu tahun. Misalnya, belanjawan tahunan kerajaan.
national income accountakaun pendapatan negaraEkonomiTiadaPenyata tingkat pendapatan dan keluaran sesebuah negara secara keseluruhan dalam satu jangka masa tertentu. Ukuran pendapatan yang paling kerap digunakan ialah keluaran negara kasar (KNK) atau keluaran dalam negara kasar (KDNK). Akaun pendapatan negara mencatatkan anggaran KNK, KDNK, dan butiran lain yang menentukan KNK dan yang berkaitan dengan kedua-dua ukuran itu.
12

Kembali ke atas