criminogenic | penyebab jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Keadaan atau faktor yang boleh mendorong kepada tingkah laku jenayah atau projenayah. Contohnya, penyalahgunaan bahan terlarang, sikap projenayah, tingkah laku antisosial dan sebagainya. Sinonim kriminogenik. |
cumulative causation | penyebab kumulatif | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Keadaan pertumbuhan yang menunjukkan sesuatu wilayah yang telah maju akan bertambah maju dan bagi yang mundur bertambah mundur. |
virus | virus | Perikanan | Akuakultur | Agen penyebab penyakit yang sangat halus dan hanya dapat dilihat di bawah mikroskop elektron. Virus hanya boleh membiak dalam sel organisma hidup. |
criminogenic | kriminogenik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Lihat penyebab jenayah. |
aetiology | etiologi | Perikanan | Akuakultur | Kajian tentang punca dan penyebab penyakit, termasuklah faktor-faktor yang meningkatkan penularan, wabak dan jangkitan agen etiologi pada ikan. |
swabber | jurucalit; alat calit | Kesihatan Awam | Tiada | 1. Jurucalit: Individu yang mengambil sampel tisu atau rembesan dari tekak atau hidung untuk digunakan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit. 2. Alat calit: Alat yang digunakan untuk mengambil sampel tisu atau rembesan di dalam tekak atau hidung yang dijadikan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit. |
suspected patient | pesakit disyaki | Kesihatan Awam | Tiada | Individu yang disyaki telah dijangkiti virus penyebab penyakit dan telah mempunyai tanda-tanda dan gejala klinikal yang positif. |
confirmed patient | pesakit disahkan | Kesihatan Awam | Tiada | Individu yang telah disahkan dijangkiti virus penyebab penyakit dan telah mempunyai tanda-tanda dan gejala klinikal yang positif. |
anti-inflammatory | antikeradangan | Herba | Tiada | Herba yang mengurangkan keradangan di dalam tubuh tanpa bertindak secara langsung pada penyebab keradangan. Contoh herba ini ialah cikori, kayu putih, halia, kunyit, betik, kranberi, bunga elder, adas, akar manis, letup-letup, pepermin, kulit kayu pain, rubarb, daun rosemary, kesumba, keladi liar, feverfew dan witch hazel. |
mutation analysis | analisis mutasi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah mengenal pasti perubahan atau variasi pada jujukan nukleotida seperti penyingkiran, pemasukan, dan penggantian bes. Faktor penyebab dan kesan kepada perubahan menjadi fokus kepada analisis mutasi ini. |