Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyé.ba.ran] | ڤڽيبارن

Definisi : perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyé.ba.ran] | ڤڽيبارن

Definisi : perbuatan atau proses menyebarkan sesuatu: Melaka menjadi pusat ~ agama Islam pd kurun ke-15. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
literary disseminationpenyebaran sasteraKesusasteraanTiadaPemindahan bentuk sastera dari satu lapangan budaya dan geografi ke lapangan budaya dan geografi yang lain. Pemindahan sastera juga berlaku dari satu generasi kepada generasi yang lain. Pemindahan sastera biasanya berlaku secara lisan dalam tempoh yang lama. Justeru, bentuk sastera ini akan mengalami perubahan, iaitu interpolasi, pembudayaan, iaitu akulturasi, dan pengubahsuaian, iaitu adaptasi. Proses pemindahan ini menyebabkan muncul pelbagai versi teks. Minat terhadap pemindahan sastera juga menyebabkan wujudnya pelbagai kajian yang tertumpu pada pencarian versi asal teks, iaitu prototaip, arketaip serta asal usul sesebuah teks. Pendekatan yang cenderung ke arah pemindahan sastera ialah kajian filologi, kesusasteraan bandingan, serta kaedah sejarah-geografi dalam kajian budaya rakyat.
complimentary distributionpenyebaran saling melengkapiSains KesihatanTiadaDua fonem daripada kelompok yang sama yang tidak boleh hadir pada lingkungan yang sama.
passive dispersalpenyebaran pasifPertanian OrganikTanaman Makanan-
active dispersalpenyebaran aktifPertanian OrganikTanaman Makanan-
direct disseminationpenyebaran langsungPertanian OrganikTanaman Makanan-
metastasismetastasisFizikNanoteknologiPenyebaran sel kanser dari tempat metastasis bermula ke tempat lain dalam tubuh. Nanoteknologi digunakan untuk mengesan dan merawat metastasis sebagai ganti kepada pengunaan kemoterapi. Teknik ini termasuk dalam bidang nanoperubatan.
transmissionpenularan/ transmisiKejururawatanTiadaPenyebaran patogen daripada satu individu kepada individu yang lain.
community spreadperebakan komunitiKesihatan AwamTiadaPenyebaran penyakit berjangkit dalam satu komuniti yang tiada hubungan yang diketahui dengan individu yang dijangkiti atau baru mengembara ke satu kawasan yang mempunyai penyakit kes-kes yang didokumenkan.
quarantinekuarantinKejururawatanTiadaTempoh pengasingan untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit.
community transmissionpenularan komunitiKesihatan AwamTiadaPunca jangkitan penyebaran satu penyakit yang tidak diketahui atau hubungan seseorang individu dengan pesakit yang dijangkiti tidak diketahui.
1234

Kembali ke atas