Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chirographic culturebudaya kirografikKesusasteraanTiadaBudaya masyarakat yang berasaskan tulisan tangan atau budaya manuskrip. Budaya ini melambangkan tamadun baharu dalam budaya hidup manusia yang tidak lagi bergantung pada budaya lisan sepenuhnya. Sistem perhubungan, penyebaran maklumat, dan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad kepada kaedah lisan tetapi ditulis tangan dalam bentuk bahan bacaan. Budaya kirografik melahirkan masyarakat yang celik huruf, yakni boleh membaca dan menulis. Budaya kirografik wujud dan berkembang di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan Arab kepada orang Melayu yang akhirnya menjadi asas pembentukan sistem tulisan Jawi. Kesannya dapat dilihat dengan kelahiran ramai pengarang karya sastera dan kitab Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat istana di seluruh Tanah Melayu. Kitab agama tidak lagi disampaikan secara lisan tetapi ditulis dalam bentuk buku. Demikian juga sastera rakyat, tidak hanya dituturkan secara lisan, tetapi ditulis dan dibaca dalam bentuk buku manuskrip Jawi. Pengenalan alat cetak oleh Barat akhirnya menyebabkan budaya kirografik semakin menurun dan digantikan dengan budaya tipografi. Dalam budaya tipografi, percetakan dan penghasilan bahan bacaan meningkat dan lebih cepat.
despotismsistem kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang tidak membenarkan kebebasan dan persaingan poIitik serta dilaksanakan secara zalim serta dikuasai oIeh individu atau kelompok tertentu. Dalam sistem ini, hak poIitik masyarakat seperti mengundi, berpersatuan, bersuara dan sebagainya dihalang. Kebenaran hanya diberikan kepada kelompok yang menyokong pemerintahan tersebut. Kuasa politik dalam sistem ini bersifat terpusat dan dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Parti politik lain pula tidak dibenarkan wujud kecuaIi parti pemerintah. Media massa dan segala penyebaran maklumat dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Sebarang bentuk penentangan politik akan dihukum seperti diseksa, dibuang negara atau dibunuh. Penentangan politik dalam sistem ini hanya wujud secara berselindung atau rahsia seperti gerakan bawah tanah. Contohnya, Rusia di bawah pemerintahan Stalin berada dalam pemerintahan kuku besi.
license creative commons (CC)lesen kreatif terbuka (CC)Teknologi Maklumate-PembelajaranSijil hak cipta awam yang membolehkan pihak lain menyebar, menambah, mengubah suai, menambah baik dan berkongsi hasil kerja kreatif yang dilindungi undang-undang hak cipta. Terdapat beberapa jenis lesen seperti lesen penggunaan tanpa syarat (CC0) dan lesen penggunaan dengan pemberian kredit (CC-BY). Sijil ini bertujuan untuk menggalakkan penyebaran dan penggunaan hasil kerja kreatif berlesen. Lihat juga hak terbuka, hak cipta.
cyber terrorismkeganasan siberKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kekerasan yang dirancang oleh individu atau kumpulan yang menggunakan ruang siber untuk menyerang pangkalan data, sistem komputer atau bentuk teknologi maklumat dan komunikasi yang lain di sesebuah negara. Tujuan utama serangan ini adalah untuk mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan kepentingan ekonomi atau fahaman politik. Contohnya, penyebaran virus yang bertujuan untuk melemahkan dan menjejaskan sistem komputer sesebuah negara.

Kembali ke atas