Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.dia] | ڤڽديا

Definisi : orang (institusi, badan, dsb) yg menyediakan sesuatu: ~ makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyedia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
healthcare providerpenyedia jagaan kesihatanKesihatan AwamTiadaIndividu atau institusi berlesen yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti rawatan kecemasan, pencegahan, pemulihan jangka panjang, hospital, diagnostik, primer, paliatif, dan rawatan di rumah dengan cara yang sistematik kepada individu, keluarga atau masyarakat.
cloudawan-TiadaTeknologi yang menyimpan e-buku di pelayan penyedia dan boleh diakses oleh pengguna.
seating arrangementsusunan tempat dudukPelanconganTiadaSistem aturan tempat duduk yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan untuk disesuaikan dengan keperluan pelanggan, seperti susunan tempat duduk di bilik mesyuarat dan dewan.
burner phonetelefon guna hapusKomunikasiTiadaTelefon bimbit yang menggunakan kad telefon prabayar tanpa kontrak rasmi dengan penyedia komunikasi. Telefon guna hapus biasanya akan dilupuskan selepas digunakan.
electronic medical record (EMR)rekod perubatan elektronik (EMR)Teknologi Maklumate-KesihatanAplikasi elektronik mengenai rekod perkhidmatan dan maklumat kesihatan individu. Antara data yang dapat diperoleh ialah demografik, sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal, alahan, status imunisasi, keputusan ujian makmal, imej radiologi dan seumpamanya. Seterusnya, EMR ini juga membantu penyedia penjagaan kesihatan mengurus perkhidmatan dengan lebih bertanggungjawab. Aplikasi ini berbeza dengan (EHR). Banding rekod kesihatan elektronik (EHR).
clinical document architecture (CDA)seni bina dokumen klinikal (CDA)Teknologi Maklumate-KesihatanStandard penanda fleksibel yang dibangunkan oleh kesihatan aras 7 (HL7) antarabangsa untuk mentakrif struktur bagi rekod kesihatan tertentu seperti nota kemajuan kesihatan pesakit. Standard ini terdiri daripada teks, imej dan bentuk multimedia yang lain dan disatukan dalam rekod kesihatan elektronik, dan merupakan satu cara yang berkesan dalam berkongsi maklumat antara pihak penyedia perkhidmatan dengan pesakit.

Kembali ke atas