cooling jig | jig penyejuk | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jig yang dipasang dengan sistem penyejuk untuk menyejukkan bahagian semasa pengimpalan. |
reactor coolant pump (RCP) | pam penyejuk reaktor | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Alat yang memacu aliran bahan penyejuk ke teras reaktor air bertekanan. |
transmission oil cooler | penyejuk minyak penghantaran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyinar kecil yang dipasang berasingan daripada penyinar sistem penyejuk enjin, yang berfungsi untuk menyejukkan bendalir sistem penghantaran dan stereng kuasa. |
loss of coolant accident (LOCA) | kemalangan kehilangan bahan penyejuk | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kemalangan yang disebabkan oleh kehilangan inventori bahan penyejuk reaktor nuklear. |
high temperature gas reactor (HTGR) | reaktor gas suhu tinggi | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor nuklear yang menggunakan gas helium sebagai bahan penyejuk dan grafit sebagai bahan penyederhana neutron. HTGR beroperasi dengan suhu bahan penyejuk (700�C - 1000�C) yang jauh lebih tinggi daripada suhu bahan penyejuk reaktor air ringan (280�C - 320�C). |
low pressure safety injection (LPSI) system | sistem suntikan keselamatan bertekanan rendah | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Sistem keselamatan yang berfungsi untuk menambah bahan penyejuk pada tekanan yang lebih rendah berbanding tekanan sistem penyejukan primer akibat kemalangan kehilangan bahan penyejuk atau kehilangan tekanan bahan penyejuk primer. |
recovery tank | tangki pengembangan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tangki yang disambung kepada penyinar pada enjin penyejuk cecair untuk menyimpan bahan penyejuk yang melimpah dari penyinar, dan sebagai ruang untuk pelepasan gelembung gas. |
pressure tester | penguji tekanan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang menguji dan mengukur tekanan dalam sistem penyejuk, untuk menentukan sama ada sistem penyejuk bocor atau tidak. |
thermal vacuum switch | suis vakum terma | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Injap yang dikendalikan oleh alat pengesan suhu yang direndam dalam bahan penyejuk enjin untuk mengawal agihan vakum pada pancarongga masukan dengan cara membuka dan menutup satu atau lebih laluan yang berkaitan dengan suhu bahan penyejuk. |
coolant | bahan penyejuk | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cecair yang digunakan dalam sistem penyejukan enjin untuk menyerap haba daripada kebuk pembakaran. |