corporate crime | jenayah korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, penyelewengan wang, penyelewengan kuasa, pengelakan cukai dan rasuah. |
election fraud | penipuan pilihan raya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan penyelewengan yang dibuat dalam pilihan raya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan sesuatu lawan. Penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mewujudkan pengundi hantu, penggunaan wang dengan mengupah pegawai pilihan raya atau pembelian undi, penyelewengan dalam senarai pendaftaran, pemaksaan pengundi untuk memilih calon tertentu, pemindahan pengundi dari senarai pendaftaran ke kawasan lain, pengisian kotak undi dengan kertas undi terlebih dahulu sebelum hari pengundian dan penambahan atau pemindaan undi dalam kertas undi pos. Penipuan boleh dibuat oleh mana-mana pihak, namun lebih banyak dilakukan oleh pihak yang menguasai badan yang menjalankan pilihan raya. Contohnya, penggunaan kad pengenalan seorang yang sudah meninggal dunia yang tidak didaftarkan kematiannya untuk mengundi merupakan satu penipuan dalam pilihan raya. |
embezzlement | penyelewengan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu bentuk penipuan kewangan yang melibatkan perbuatan menyalahgunakan aset yang telah diamanahkan kepada seseorang atau lebih daripada seorang. Contohnya, perbuatan menggelapkan wang syarikat. Sinonim penggelapan. |
action slip | penyelewengan aksi | Sains Sukan | Biomekanik | Perlakuan motor yang tidak sesuai dengan objektif pergerakannya. Contohnya, seorang pemain sepatutnya menanduk bola dengan kepala untuk merejam, tetapi sebaliknya menggunakan kaki. |
embezzlement | penggelapan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Lihat penyelewengan. |
criminal breach of trust | pecah amanah jenayah | Pentadbiran | Tiada | Penyelewengan dana syarikat. |
criminal breach of trust | pecah amanah jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak yang memegang amanah terhadap sesuatu harta atau kawalan terhadap harta tersebut untuk kepentingan diri sendiri. |
academic fraud | penipuan akademik | Pendidikan | Tiada | Suatu bentuk penipuan secara sengaja dalam bidang pendidikan seperti pemalsuan data, pengubahan dokumen akademik dan penyelewengan kajian penyelidikan. |
absolute deviation | selewengan mutlak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penyimpangan daripada amalan yang lazim diamalkan dalam konteks sistem politik atau pemerintahan yang bersifat mutlak. Penyelewengan ini berlaku melalui dasar, pentadbiran, ideologi dan sebagainya yang boleh meninggalkan kesan yang besar kepada sesebuah negara. Contohnya, dasar Perestroika dan Glasnost yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev di Soviet Union pada tahun 1987 yang menyimpang daripada tradisi sistem komunis Soviet Union. |
ad hoc authority | autoriti sementara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk kuasa yang diberikan kepada seseorang, organisasi atau badan tertentu. Kuasa jenis ini bersifat sementara atau untuk satu jangka masa tertentu sahaja. Kuasa sementara ini wujud ekoran daripada timbulnya sesuatu kemelut, pertelingkahan atau penyelewengan yang memerlukan satu badan lain yang bebas untuk menyelesaikan dan menyiasat hal tersebut. Kuasa autoriti ini akan tamat apabila tugas yang diberi telah selesai. Contohnya, pembentukan badan penyiasat jenayah perang di Bosnia Herzegovina oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memiliki kuasa sementara. |