research octane number | nombor oktana penyelidikan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan dalam penyelidikan dan dalam rujukan jurnal. Nilai nombor oktana penyelidikan adalah lebih tinggi daripada nilai MON dan ber- beza dari segi kepekaan. Singkatan RON. |
contract research organisation (CRO) | organisasi penyelidikan kontrak (CRO) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Organisasi yang dikontrakkan oleh penaja untuk melaksanakan satu atau lebih tugas dan tanggungjawab yang berkaitan dengan penyelidikan atau pengujian. |
zoo virus | virus zoo | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang hanya wujud dalam makmal penyelidikan atur cara virus yang digunakan sebagai bahan pengujian dalam proses pembangunan perisian antivirus. Virus ini dianggap tidak berbahaya selagi tidak disebarkan keluar dari makmal penyelidikan tersebut. |
arboretum | arboretum | Herba | Tiada | Kawasan yang ditanami dengan spesies tumbuh-tumbuhan tertentu untuk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan dan penyelidikan. Kawasan ini memiliki kemudahan, peralatan dan kakitangan terlatih yang memenuhi syarat tertentu. Contohnya, arboretum di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. |
market research | penyelidikan pasaran | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
abstract | abstrak | - | Tiada | Sinopsis artikel penyelidikan, kertas kerja persidangan, disertasi atau tesis yang diletakkan sebelum teks utama untuk membantu pembaca mengenal pasti isu, tujuan, metodologi dan dapatan kajian yang menjadi kandungan bahan tersebut. |
socioeconomic study | kajian sosioekonomi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Penyelidikan secara terperinci ke atas keadaan sosial dan ekonomi penduduk. |
human genome project | projek genom manusia | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kerjasama penyelidikan peringkat antarabangsa yang mensasarkan untuk mencirikan pasangan bes yang membentuk DNA manusia serta untuk mengenal pasti dan memetakan kesemua gen dalam genom manusia daripada kedua-dua aspek fizikal dan kefungsian. |
non-clinical study | kajian bukan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Peringkat penyelidikan dalam pembangunan sesuatu ubat sebelum ujian klinikal dimulakan. Kajian ini melibatkan penggunaan haiwan dan/atau sel atau tisu. Kajian bukan klinikal bertujuan untuk menentukan keselamatan ubat. |
affiliation | afiliasi | - | Tiada | Pertalian antara pengarang dengan institusi tempat berkhidmat semasa membuat penyelidikan atau menulis sesuatu karya. |