Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.lu.du.pan] | ڤڽلودوڤن

Definisi : perihal menyeludup(kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.lu.du.pan] | ڤڽلودوڤن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menyeludup atau menyeludup­kan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seludup
Kata Terbitan : menyeludup, menyeludupkan, seludupan, penyeludupan, penyeludup,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
smugglingpenyeludupanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan mengimport atau mengeksport barangan terlarang, atau mengimport atau mengeksport barangan dengan cara mengelakkan duti yang sepatutnya dikenakan terhadap barangan berkenaan. Bagi barangan yang diimport secara penyeludupan, denda yang digandakan berasaskan nilai barangan rampasan boleh dikenakan kepada pihak yang menyeludup.
smugglingpenyeludupanEkonomiTiadaTiada
smuggling trafficpergerakan penyeludupanSejarahTiadaTiada
nautical melodramamelodrama nautikalKesenianDrama dan TeaterCorak melodrama yang memaparkan kisah yang berkaitan dengan kapal karam, penyeludupan atau lanun. Melodrama ini biasanya mengemukakan tema keperwiraan yang patriotik sifatnya.
unreported activityaktiviti tak terlaporEkonomiTiadaKegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak dimasukkan dalam pengiraan pendapatan negara dan merupakan punca utama yang boleh merendahkan angka pendapatan negara. Aktiviti tak terlapor termasuk kegiatan haram seperti perjudian, pelacuran, atau penyeludupan, serta kegiatan sah dari segi undang-undang yang bertujuan untuk mengelak cukai seperti pekerjaan sendiri dalam projek tertentu.
International Criminal Police Organization (Interpol)Polis AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaO rganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1923, beribu pejabat di Vienna. Pada tahun 1938, organisasi ini telah dibubarkan oleh Hitler, tetapi selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1946, organisasi ini ditubuhkan semula dan beribu pejabat di Paris. Perkhidmatan utama organisasi ini adalah untuk memberi maklumat kepada lebih 140 buah negara anggotanya berkenaan dengan lokasi penjenayah antarabangsa, menganjurkan seminar berkenaan dengan penyiasatan jenayah secara saintifik dan mempermudah penangkapan penjenayah. Organisasi ini memainkan peranan yang penting dan berjaya dalam membanteras jenayah yang merangkumi penyeludupan, pemalsuan, peniruan dan perdagangan narkotik. Organisasi ini mengelak daripada terlibat dalam jenayah yang berkaitan dengan politik, ketenteraan, keagamaan dan perkauman. Sinonim Interpol.

Kembali ke atas