Raman scattering | penyerakan Raman | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Penyerakan gelombang elektromagnet oleh atom atau molekul yang menghasilkan gelombang elektromagnet berfrekuensi lebih rendah atau tinggi daripada frekuensi gelombang asal. Perubahan frekuensi ini disebabkan oleh penyerapan atau pengujaan tenaga putaran atau getaran molekul yang menyerak. Penyerakan ini dapat dicerap melalui perubahan garis spektrum. Terdapat dua jenis penyerakan Raman iaitu Stokes dan anti-Stokes. |
Raman scattering | penyerakan Raman | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan penyerakan gelombang elektromagnet oleh atom atau molekul yang menghasilkan gelombang elektromagnet berfrekuensi lebih rendah atau tinggi daripada frekuensi gelombang asal. Perubahan frekuensi ini disebabkan oleh penyerapan atau pengujaan tenaga putaran atau getaran molekul yang menyerak. Penyerakan ini dapat dicerap melalui perubahan garis spektrum. |
scattering length | panjang penyerakan | Fizik | Nanoteknologi | Jarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser. |
Rayleigh scattering | penyerakan Rayleigh | Fizik | Nanoteknologi | Proses penyerakan gelombang elektromagnet oleh zarah yang saiznya lebih kecil daripada jarak gelombang sinaran tersebut, yang menyebabkan berlakunya pemisahan warna. Kesan ini dapat dilihat sebagai warna kemerah-merahan semasa matahari terbenam dan warna biru pada langit. Oleh sebab cahaya biru merupakan gelombang terpendek pada spektrum sinar tampak, maka cahaya biru lebih banyak diserakkan oleh atmosfera berbanding cahaya merah yang jarak gelombangnya lebih panjang. |
Rayleigh scattering | penyerakan Rayleigh | Kimia | Kimia Analisis | Penyerakan cahaya oleh suatu bahan ke semua arah yang frekuensinya sama dengan frekuensi cahaya asal. |
light scattering | penyerakan cahaya | Kimia | Kimia Analisis | Pancaran cahaya yang terserak setelah melalui medium. Contohnya pada kesan Tyndall, tidak ada perubahan panjang gelombang setelah penyerakan, hanya arah gerakan yang berubah. |
Compton scattering | penyerakan Compton | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi dengan elektron pada orbit yang paling luar. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Tenaga foton menjadi berkurangan menyebabkan sinar tersebut bertenaga rendah. Penyerakan Compton ini ditemui oleh Arthur Holly Compton. |
Raman effect | kesan Raman | Kimia | Kimia Analisis | Penyerakan cahaya oleh suatu bahan yang berlaku kepada frekuensi yang lebih tinggi dan lebih rendah daripada frekuensi asal tetapi dengan keamatan yang jauh lebih kecil iaitu sekitar 0.01% daripada keamatan cahaya asal. Perbezaan frekuensi cahaya terserak ini dengan frekuensi cahaya asal adalah sama dengan frekuensi getaran sebenar bahan itu. bd. penyerakan Rayleigh. |
dynamic light scattering | penyerakan cahaya dinamik | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Teknik untuk mengenal pasti profil sebaran nano zarah dan purata saiz zarah dalam ampaian atau larutan. |
colloidal solution | larutan (ber)koloid | Farmasi | Tiada | Medium cecair yang mempunyai penyerakan zarah-zarah halus atau molekul-molekul polimer yang besar. |