absorbent | penyerap | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan atau struktur yang boleh menyerap dan mengawal bunyi. Contohnya, bahan penyerap penebat bunyi yang diletakkan pada siling, seperti kepingan lepa atau wul batuan. |
shock absorter | penyerap kejutan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang dipasang pada setiap roda kenderaan untuk mengatur lantunan dan mampatan pegas. |
absorbent ointment | salap penyerap | Herba | Tiada | Salap yang mempunyai bahan asas yang bersifat serap air atau pengemulsi dan dikenali sebagai salap teremulsikan. Bahan asas terdiri daripada bahan anhidrus yang menyerap sejumlah air dan masih mengekalkan kekonsistenan sifat salapnya. |
cartridge | kartrij | Kejuruteraan | Tiada | Bahan penyerap, selain daripada unsur kawalan, yang digunakan untuk mengehadkan kereaktifan atau menukar taburan fluks dalam sesebuah reaktor nuklear. |
ultimate heat sink | singki haba muktamad | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Persekitaran yang bertindak selaku penyerap haba yang terakhir daripada loji atau peranti tanpa perubahan suhu yang ketara. |
xenon transient | fana xenon | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peningkatan atau penurunan mendadak kepekatan xenon (penyerap neutron) di dalam teras reaktor nuklear untuk sementara waktu akibat perubahan kuasa reaktor nuklear. |
meniscus | meniskus | Sains Sukan | Biomekanik | Ligamen antara lutut yang berbentuk seperti bulan. Ligamen ini berfungsi sebagai penyerap hentakan semasa pergerakan. |
molecular sieve | penapis molekul | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang mengandungi liang halus bersaiz seragam yang digunakan sebagai penyerap gas dan cecair. Molekul kecil, seperti molekul air dapat melaluinya dan terjerap, manakala molekul lebih besar tidak dapat melaluinya. Contoh penapis molekul ialah tanah liat, kaca poros dan karbon aktif. |
root | akar | Herba | Tiada | Bahagian tumbuh-tumbuhan yang tumbuh ke dalam tanah. Bahagian ini berfungsi sebagai pasak, penyerap air dan mineral, dan penyimpan makanan. Akar kering atau segar dalam bentuk keseluruhan yang diracik, dikisar atau diserbukkan biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba. Contohnya, akar tongkat ali dan akar ginseng. |
bathochromic shift | anjakan batokrom | Kimia | Kimia Analisis | Anjakan spektrum serapan disebabkan oleh adanya kumpulan kromofor atau radikal penyerap tertentu seperti serapan kepada panjang gelombang yang lebih pendek. bd. anjakan hipsokrom. |