Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
serap
Kata Terbitan : menyerap, terserap, serapan, penyerapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absorption coefficientpekali serapanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikUkuran pengecilan yang disebabkan oleh penyerapan tenaga apabila sinaran melintasi sesuatu medium. Penyerapan tenaga ini menyebabkan keamatan sinaran berkurang. Nilai ini bersamaan dengan pecahan per unit jarak sinaran terserap. Unitnya ialah cm-1. Pekali penyerapan boleh dikaitkan sebagai: I = I0e-μx, dengan I ialah keamatan selepas melalui medium, I0 ialah keamatan asal, x ialah ketebalan medium dan μ ialah pekali serapan.
molar absorptivitykeserapan molarKimiaKimia AnalisisPemalar yang menyatakan keupayaan penyerapan suatu spesies atau kumpulan berfungsi. Mengikut hukum Beer Lambert, pemalar perkadaran, e adalah keserapan molar, jika kepekatan sampel yang diukur penyerapannya dalam unit kepekatan molar. Unitnya liter mol-1 cm-1.
resolutionresolusiKimiaKimia Analisis1. Kebolehan spektrometer membezakan jalur-jalur penyerapan berdekatan atau memisahkan dua garis spektrum yang sangat berdekatan dengan sempurna. 2. Pemisahan suatu campuran atau sebatian tak aktif optik kepada komponen-komponennya yang aktif optik.
Brownian motiongerakan BrownFizikNanoteknologiGerakan rawak zarah halus terampai dalam bendalir, hasil pelanggaran dengan molekul bendalir yang bergerak turun naik. Zarah terampai disebabkan daya tolakan elektrostatik antara zarah tersebut. Saiz zarah ini ialah 1 nm - 1000 nm dan dapat dikesan melalui serakan cahaya. Contohnya, penyerapan bahan cemar dalam atmosfera dan penyerapan lohong dalam bahan semikonduktor.
organic fluorophore moleculemolekul organik fluoroforFizikNanoteknologiMolekul bahan organik yang terdiri daripada kumpulan fungsian bersifat pendarfluor. Molekul ini menyerap tenaga cahaya pada frekuensi tertentu dan memancarkan semula tenaga pada frekuensi yang berbeza. Nilai tenaga dan frekuensi pancaran bergantung pada jenis molekul fluorofor dan persekitaran kimia fluorofor tersebut. Antara contoh molekul fluorofor organik ialah 5-({2-[(iodeasetil) amino]etil}amino)naftalena-1-asid sulfonik (IAEDANS) dengan jarak gelombang penyerapan pada 336 nm dan jarak gelombang pancaran pada 490 nm. Molekul ini digunakan sebagai penanda dalam spektroskopi pendarfluor. Penggunaan molekul ini sebagai penanda dapat diganti dengan bintik kuantum.
rice brandedak padiPerikananAkuakulturBahan ramuan atau bahan mentah yang digunakan dalam formulasi makanan rumusan sebagai pengisi dan sumber karbohidrat. Dedak padi merupakan selaput antara kulit padi dengan beras yang terdiri daripada lapisan aleuron, germa dan sebahagian daripada endosperma yang diperoleh semasa pemprosesan padi untuk menghasilkan beras. Berat dedak padi ini adalah 10% daripada keseluruhan berat padi dan mengandungi aras protein, lemak, vitamin dan mineral yang lebih tinggi berbanding beras. Kandungan proteinnya ialah sebanyak 12% – 15% dan bahan serabutnya pula sebanyak 16% – 18%. Dedak padi juga mempunyai kandungan tenaga, fosforus dan vitamin B yang tinggi serta kerap digunakan sebagai salah satu komponen dalam makanan ayam dan ternakan lain. Walau bagaimanapun, bahan ini juga mengandungi faktor antipemakanan yang dikenali sebagai fitat atau asid fitik yang boleh menjejaskan penyerapan fosforus. Terdapat dua jenis dedak padi, iaitu dedak padi biasa yang mengandungi 8% lemak dan dedak padi dinyahlemak dengan 1 – 2 % lemak.

Kembali ke atas