rental with intention to own | ijarah muntahiah bi tamlik | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang bermula dengan sewaan dan berakhir dengan pindah milik aset. Akad ini boleh berbentuk seperti yang berikut: i. Akad yang memindahkan pemilikan aset yang disewa kepada penyewa sekiranya penyewa bersetuju dengan harga yang terkandung dalam pembayaran sewa sepanjang tempoh sewaan. Pada akhir tempoh sewaan, hak milik secara automatik dipindahkan kepada penyewa tanpa akad lain. ii. Akad yang membenarkan penyewa mempunyai hak pemilikan aset yang disewa pada akhir tempoh sewaan pada harga yang telah ditetapkan. iii. Akad yang membolehkan penyewa mengambil tiga pilihan pada akhir tempoh sewaan. Pertama, membeli aset yang disewakan pada harga yang ditetapkan. Kedua, memperbaharui sewaan untuk suatu tempoh lain dan ketiga, memulangkan aset yang disewakan kepada pemilik aset. Lihat juga ijarah thumma bai‘, ijarah wa iqtina’. |
ijarah cain | sewaan barang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad ijarah yang melibatkan barangan sahaja. Urus niaga ini dianggap sudah berlaku apabila pemberi sewa menyerahkan barang sewaan kepada penyewa sehingga membolehkan penyewa menggunakan barang sewaan itu dengan kehendaknya sendiri. Contohnya, menyewa kereta, tanah atau pakaian bagi tempoh tertentu. |
tenant's policy | polisi penyewa | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi pemilik rumah yang diubahsuaikan khusus untuk penyewa rumah kediaman. |
operating ijarah | ijarah operasi | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad sewaan yang tidak termasuk janji untuk memindahkan hak pemilikan aset yang disewa oleh penyewa pada akhir tempoh sewaan. Penyewa hanya mendapat hak manfaat menggunakan aset sahaja tanpa memiliki aset berkenaan pada akhir tempoh sewaan. |
leased line | litar sua/talian pajak | Teknologi Maklumat | Tiada | Saluran komunikasi yang disewa daripada pembekal perkhidmatan Internet (ISP) khusus untuk kegunaan penyewa sahaja. Litar ini disambung di antara dua lokasi penyewa secara kekal (sepanjang masa). Talian ini boleh digunakan untuk perkhidmatan suara, data atau Internet. Kelebihan litar ini adalah terdedikasi dan kadar sewaan bulanan/tahunan yang tetap. Contohnya sistem litar mesin juruwang automatik (ATM). |
hiyazah qanuniyyah | pemilikan undang-undang | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa untuk bertindak, mengawal selia dan mengurus harta yang diperoleh melalui perundangan. Contohnya, pemilik dan penyewa bangunan, atau pemilik dan penyewa kenderaan. |
tenant | penyewa | Geografi | Tiada | Tiada |
tenant | penyewa | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
tenant | penyewa | Kependudukan | Tiada | Tiada |
tenant | penyewa | Ekonomi | Tiada | Tiada |