Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
press coverageliputan akhbarKomunikasiTiada1. Penyiaran laporan berita oleh media massa. 2. Kehadiran wartawan dalam sesuatu acara bagi mendapatkan berita. 3. Berita yang disiarkan.
cuthentiKomunikasiTiada1. Arahan dalam penyiaran untuk menghentikan sesuatu siaran secara serta-merta. 2. Arahan untuk menghentikan sesuatu tangkapan semasa penggambaran filem dilakukan.
preemptionhak siaranKomunikasiKorporat1. Tindakan mengosongkan ruang dalam jadual rancangan untuk digantikan dengan rancangan atau bahan siaran baru dalam tempoh masa yang terdekat. Tindakan ini biasanya dilakukan apabila berlakunya keadaan kecemasan atau keperluan lain yang dianggap penting kepada pihak awam oleh pihak pengurusan sesebuah stesen penyiaran. Pihak pengurusan akan mengeluarkan arahan sama ada secara lisan atau bertulis, terutama daripada pihak pengurusan tertinggi bagi mengosongkan masa siaran tertentu ketika sesuatu keperluan mendesak. Contohnya, menyiarkan berita bencana alam, kematian pemimpin negara, atau mengeluarkan arahan keselamatan. 2. Tindakan menarik balik hak penyiaran iklan bagi sesebuah syarikat dan menggantikannya dengan penyiaran iklan daripada syarikat lain dengan kadar harga yang lebih tinggi.
continuity (conti)sinambungKomunikasiTiada1. Studio sambungan yang dilengkapi dengan peralatan penyiaran radio dan televisyen. Studio ini digunakan oleh pengacara atau penyampai berita untuk membuat penyampaian yang biasanya dibuat secara langsung. konti. 2. Penggunaan peralatan penggambaran dan pelakon yang sama dan berterusan bagi sesuatu adegan walaupun berlaku perubahan dari segi masa, tempat atau perubahan tangkapan.
countdownmula hitungPendidikanTiada1. Aksi untuk memulakan penghitungan dalam sesuatu penerbitan atau penyiaran program radio dan televisyen.
local channelsaluran setempatKejuruteraanTiada1. Saluran yang menghubungkan pelanggan komunikasi ke pejabat pusat.,2. Saluran penyiaran piawai yang padanya beroperasi beberapa stesen, dengan kuasa tidak melebihi 1000 watt pada waktu siang dan 250 watt pada waktu malam.
broadcastsiarKomunikasiTiada1. Aktiviti menyalur dan menyiarkan rancangan melalui gelombang elektromagnet dan satelit. 2. Aktiviti menghebahkan maklumat kepada orang ramai. Lihat juga: penyiaran.
program delivery controlkawalan penghantaran atur caraTeknologi MaklumatTiadaSistem untuk membolehkan rakaman dibuat dengan lebih mudah dengan memaklumkan perakam video masa mula dan tamat suatu program walaupun terdapat perubahan dalam jadual program. Oleh itu, proses rakaman akan sentiasa bermula dan berakhir pada masa yang betul. Sistem ini telah dibangunkan oleh syarikat penyiar untuk mengenal pasti program TV ketika penyiaran. Setiap program TV di tanda dengan kod unik yang dihantar oleh stesen penyiaran sepanjang masa program berkenaan. Kod ini dirujuk sebagai label PDC. Label PDC melibatkan beberapa maklumat seperti: 1. Saluran program 2. Tarikh program 3. Masa mula program asal.

Kembali ke atas