decussation of pyramid | penyilangan piramid | Perubatan | Tiada | Penyilangan gentian trek motor kortikospina yang berlaku pada sisi ventral bahagian bawah medula oblongata. |
decussation | penyilangan | Perubatan | Tiada | Tempat gentian-gentian sistem saraf pusat menyilang dari satu kawasan ke kawasan yang bersebelahan. |
crosslinking (molecule) | penyilangan (molekul) | Perubatan | Tiada | Pertambahan bahan seperti pertambahan bahan ke resin akrilik untuk menambah kekerasan dan kekuatannya dan berlaku melalui ikatan kimia seperti dalam pempolimeran, dan mungkin dimulakan oleh haba, sinaran atau agen penyilang. |
crosslinking agent | agen penyilangan | Kimia | Tiada | Tiada |
crystal system | sistem hablur | Kejuruteraan | Tiada | Pengelasan hablur yang diasaskan kepada penyilangan yang dilakukan pada paksi-paksi kristalografi oleh satah-satah tertentu. |
crystal system | sistem hablur | Kimia | Tiada | Pengelasan hablur yang diasaskan kepada penyilangan yang dilakukan pada paksi-paksi kristalografi oleh satah-satah tertentu. |
pumping unit | unit pengepaman | Kejuruteraan | Petroleum | Mesin yang memberikan gerakan bolak-balik, atau gerakan maju mundur atau gerakan penyilangan kepada rentetan rod penyedut yang dihubungkan ke pam sesaran positif yang terletak di dasar atau berdekatan dengan dasar telaga. Dalam hal ini, susunan rasuk yang digunakan biasanya digerakkan oleh engkol yang dihubungkan pula ke alat pengurang laju. Unit yang umumnya digunakan pada sistem pengepaman rod penyedut adalah unit pengepaman rasuk. |
walking beam | rasuk berjalan | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : rasuk Keluli yang merupakan bahagian mendatar pada unit pengepaman rasuk yang berguna bagi mendapatkan gerakan penyilangan dalam mekanisme kerja unit pam rod penyedut. Untuk ini, keluli tersebut akan bergerak ke atas dan ke bawah. Pergerakan ini diperoleh daripada pergerakan perputaran engkol yang dihubungkan ke rasuk berjalan oleh lengan pitman. Rujuk : unit pengepaman rasuk; lengan pitman. |
beam-pumping unit | unit pengepaman rasuk | Kejuruteraan | Petroleum | Mesin yang direka khusus untuk sistem pengepaman rod penyedut yang menggunakan rasuk berjalan mendatar dalam mekanisme operasinya bagi mendapatkan gerakan penyilangan yang diperlukan untuk menggerakkan unit pam rod penyedut. Merupakan salah satu peralatan permukaan bagi sistem pengepaman rod penyedut. Rujuk : rasuk berjalan. |