Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyim.pan] | ڤڽيمڤن

Definisi : orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyim.pan] | ڤڽيمڤن

Definisi : orang yg menyimpan: Para ~ akan diberi cenderamata. ~ kira-kira orang yg mengurus atau yg bertanggungjawab terhadap sesuatu akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
book keeperpenyimpan kira-kiraPentadbiranTiadaOrang yang merekodkan urus niaga perniagaan.
saver cranekren penyimpanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKren yang digunakan untuk mengangkut bahan yang siap diproses untuk disimpan.
custodian of health recordspenyimpan rekod kesihatanKesihatan AwamTiadaPihak yang ditugaskan untuk menjaga rekod kesihatan pesakit.
glycogenglikogenFizikNanoteknologiMolekul karbohidrat yang terdiri daripada rantai bercabang berfungsi sebagai penyimpan tenaga dalam haiwan dan sel kulat yang biasanya tersimpan dalam hati atau otot. Karbohidrat tersebut merupakan molekul polisakarida bersaiz sekitar 150 nm dan didapati dalam bentuk granul dalam sitosol pada pelbagai jenis sel. Sel hati mempunyai kepekatan glikogen yang tertinggi, iaitu sehingga 8% terhadap berat segar hati yang normal atau 100g - 120g dalam orang dewasa.
ferritinferitinFizikNanoteknologiKompleks protein yang terdiri daripada 24 subunit protein dan merupakan protein penyimpan ion besi dalam kedua-dua prokariot dan eukariot. Feritin disimpan dalam bentuk larutan dan tidak toksik serta digunakan dalam sains bahan sebagai prekursor dalam penyediaan nanozarah besi untuk pertumbuhan nanotiub karbon, dengan menggunakan kaedah pemendapan wap kimia.
rootakarHerbaTiadaBahagian tumbuh-tumbuhan yang tumbuh ke dalam tanah. Bahagian ini berfungsi sebagai pasak, penyerap air dan mineral, dan penyimpan makanan. Akar kering atau segar dalam bentuk keseluruhan yang diracik, dikisar atau diserbukkan biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba. Contohnya, akar tongkat ali dan akar ginseng.
current acocuntakaun semasaEkonomiTiadaAkaun simpanan pelanggan dalam bank perdagangan yang tidak memperoleh pulangan faedah, malah dikenakan caj sekiranya tidak menyimpan suatu jumlah purata minimum yang ditentukan. Penyimpan akaun semasa boleh mengeluarkan wang simpanannya dengan mengemukakan cek yang dikeluarkan atas namanya.
cytoplasmsitoplasmaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanBahan separa cair dalam sel haiwan atau tumbuhan yang dilingkungi membran sel. Sitoplasma dikenali juga sebagai protoplasma luar nukleus. Komponen utama sitoplasma ialah sitosol dan organel. Sitoplasma berfungsi sebagai kerangka sel, penyimpan bahan untuk metabolisme sel serta memelihara keseimbangan air dalam sel.

Kembali ke atas