Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyim.pa.nan] | ڤڽيمڤنن

Definisi : 1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan (mengumpulkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyim.pa.nan] | ڤڽيمڤنن

Definisi : perbuatan atau hal menyimpan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyimpanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
storage costkos penyimpananPentadbiranTiadaKos yang wujud hasil daripada penyimpanan inventori.
discrete storage mediamedia penyimpanan data diskretPentadbiran PerniagaanTiadaMedia penyimpanan data yang boleh dipisahkan daripada mesin induk.
Gen bankBank genPertanianTiadaTempat penyimpanan baka setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka yang disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai germplasma. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk iaitu ladang, arboretum dan tanam botani. Contohnya arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan tuber. Penyimpanan seperti ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangkamasa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM.
gene bankbank genHerbaBotani dan BioteknologiTempat penyimpanan baka bagi setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai plasma germa. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk, iaitu ladang, arboretum dan taman botani. Contohnya, arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan ubi. Penyimpanan ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangka masa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya, bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM.
archingpelengkunganKejuruteraanKejuruteraan KimiaMasalah utama dalam penyimpanan serbuk menjeleket di dalam bin, corong tuang, dan silo apabila serbuk di bahagian bawah tangki penyimpanan membentuk satu lapisan termampat yang berbentuk kubah yang menghalang pengaliran keluar serbuk.
cryopreservationkrioawetanHerbaBotani dan BioteknologiTeknik penyimpanan bahan plasma germa dalam bentuk tisu, sel atau organ tumbuhan. Melalui teknik ini, pertumbuhan diberhentikan dengan merendahkan suhu penyimpanan sehingga menyamai nitrogen cecair pada -196�C atau wap nitrogen pada -150�C.
relative humiditykelembapan relatifMakanan dan PemakananMakananDarjah ketepuan kandungan air dalam udara yang boleh mempengaruhi tempoh penyimpanan sesuatu makanan. Kelembapan relatif udara yang tinggi dalam bilik penyimpanan makanan meningkatkan kadar kerosakan makanan.
humidity controlkawalan kelembapanPertanianAgroteknologiKawalan terhadap ketepuan kelembapan air di udara atau di dalam ruang. Kawalan kelembapan dalam pertanian sangat perlu terutamanya dalam penyimpanan biji benih, makanan atau sayur-sayuran yang mudah rosak. Tempat penyimpanan bahan-bahan ini memerlukan suhu yang sesuai bagi memastikan ketahanan dan kesegaran bahan-bahan tersebut. Selain itu, gel silika selalu digunakan untuk mengawal kelembapan makanan atau snek dalam bungkusan pek yang kecil.
caskingpenyimpanan dalam tong kayuPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
seasonal storagepenyimpanan bermusimFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas