digression | penyimpangan | Kesusasteraan | Tiada | Bahan yang kurang jelas kaitannya dengan tema atau perbincangan pokok yang dimasukkan ke dalam cerita sebelum cerita tersebut disambung semula. Daripada satu pihak, penyimpangan dianggap sebagai satu kelemahan kerana mengganggu perkembangan plot dan memperlihatkan pengarang tidak dapat mengawal jalan cerita dengan baik. Penyimpangan biasanya tidak digenari dalam esei formal, drama atau naratif yang padat serta kental susunannya. Daripada pihak yang lain, penyimpangan dianggap menawarkan kelegaan komik atau memberi maklumat tambahan untuk memperhebatkan cerita. Penyimpangan sering digunakan dalam novel pikares (picaro) dan novel epik. Antara bentuk penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan juga dijumpai dalam esei yang tidak formal sifatnya atau novel yang menggunakan aliran kesedaran. Penyimpangan yang panjang dikenali sebagai hujungan rinci. Antara penulis yang gemar menggunakan penyimpangan ialah Lawrence Sterne dalam karyanya yang berjudul Tristram Shandy. Karya ini mengandungi satu bahagian, iaitu Digression on Digressions, sementara dalam karya De Quincey pula penyimpangan dikatakan lebih panjang daripada tema utamanya. Dalam contoh sastera Melayu, episod punakawan dalam pewayangan adalah kelegaan komik yang boleh dianggap sebagai penyimpangan. Penyimpangan berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �pergi ke tepi�. Lihat juga aliran kesedaran, epik, hubungan rinci, kelegaan komik, novel pikares, simile epik. |
distorting of meaning | penyimpangan makna | Kesusasteraan | Puisi | Makna yang ingin ditimbulkan oleh penyair sama ada pada diksi, frasa ataupun kalin1at dalam sesebuah puisi berbeza daripada makna harfiah atau yang terdapat pada kamus biasa. Dalam puisi ini rumah kecil menggambarkan tentang tanah air bukannya mengenai tempat tinggal seseorang. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" karya Darma Mohamad. Rumah kecil menghadiahkan kehidupan yang permai dengan halaman lebar hingga ke dada padang dan padi membuka pandangan hingga ke sayap burung menembusi tabir awan. |
departure from nucleate boiling (DNB) | penyimpangan pendidihan nukleat | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Titik berlakunya pengurangan pemindahan haba daripada bahan api nuklear kepada air dengan mendadak disebabkan kesan selimut stim. |
diversional activity | aktiviti alih perhatian/aktiviti penyimpangan | Kejururawatan | Tiada | Sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh pesakit untuk memenuhi masa lapangnya bagi mengelakkan kebosanan. |
absolute deviation | selewengan mutlak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penyimpangan daripada amalan yang lazim diamalkan dalam konteks sistem politik atau pemerintahan yang bersifat mutlak. Penyelewengan ini berlaku melalui dasar, pentadbiran, ideologi dan sebagainya yang boleh meninggalkan kesan yang besar kepada sesebuah negara. Contohnya, dasar Perestroika dan Glasnost yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev di Soviet Union pada tahun 1987 yang menyimpang daripada tradisi sistem komunis Soviet Union. |
lame | tempang; lame (fabrik) | Perubatan | Tiada | 1. Tempang: Perihal penyimpangan gaya jalan yang lain daripada biasa. |
grain figure | bentuk ira | Kesenian | Hiasan Dalaman | Corak yang terhasil pada permukaan kayu yang terbentuk daripada lingkaran gelung pertumbuhan, mata kayu, empulur atau penyimpangan daripada urat asli seperti berpanca, urat beralun dan ketidaksamaan warna. |
self-quenching | penswalindapan | Kimia | Kimia Analisis | Proses yang terhasil apabila molekul teruja berlanggar sama sendiri menyebabkan pemindahan tenaga tanpa berlaku sinaran. Kesan daripada proses ini menyebabkan penyimpangan negatif daripada kelinearan pada kepekatan tinggi. |
foregrounding | pendepanan | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah untuk menonjolkan sesuatu unsur atau ciri teks sastera dengan cara yang sangat ketara, berbanding unsur atau ciri yang lain. Pendepanan dicapai melalui penyimpangan dan ulangan. Penyimpanan dilakukan melalui pelanggaran norma bahasa, sama ada dari segi nahu atau makna. Ulangan pula muncul apabila pola linguistik seperti bunyi dan sintaks berlaku dengan lebih kerap berbanding penggunaan biasa. Ulangan seperti ini mampu menarik perhatian pembaca sebagai suatu keadaan yang tidak lazim. |
paradox | paradoks | Kesusasteraan | Tiada | Pernyataan yang nampak bercanggah atau tidak masuk akal, tetapi sebenarnya munasabah. Paradoks sering digunakan oleh pengarang dan penyair serta merupakan alat utama dalam puisi metafizik dan keagamaan. Penggunaannya sebagai salah satu cara untuk menyatakan ketakjuban dalam agama Kristian yang melampaui akal dan logik manusia. Contohnya, pemerian tuhan dalam karya Paradise Lost oleh Milton, iaitu �Dark with excessive bright thy skirts appear�. Paradoks dikembangkan penggunaannya oleh pengikut Kritikan Baru untuk menunjukkan penyimpangan daripada kebiasaan yang mengejutkan. Paradoks yang mencantumkan dua perkataan yang bertentangan disebut sebagai oksimoron. Contohnya, ungkapan seperti loving hate dan pleasing pain. Lihat juga kritikan baru, oksimoron, puisi metafizikal. |