Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nying.ki.ran] | ڤڽيڠکيرن

Definisi : 1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan: dlm rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan; 2. pengungsian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
singkir
Kata Terbitan : menyingkir, tersingkir, penyingkiran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oxidationpengoksidaanKimiaKimia AnalisisTindak balas yang melibatkan penggabungan oksigen dengan bahan lain atau tindak balas yang melibatkan penyingkiran hidrogen daripada sesuatu bahan atau penyingkiran elektron daripada atom unsur.
gene knockoutpenyingkiran genBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah eksperimen dalam kajian mutagenesis yang menjadikan gen organisma tidak berfungsi.
detoxificationpenyahtoksikanHerbaPemiawaianPenyingkiran bahan toksik oleh organisma. Proses ini berlaku melalui tindak balas pengoksidaan atau pengautooksidaan ke atas bahan toksik berkenaan. Bahan yang teroksida menjadi lebih berkutub dan akhirnya larut dalam air, kemudian dikumuhkan melalui air kencing. Contohnya, ekstrak akueus halia (Zingiber officinale) diminum untuk menyahtoksin dalam badan.
expectorationekspektorasiKejururawatanTiadaPenyingkiran bahan kumuhan seperti kahak melalui batuk dan meludah.
scavengingpembilasanKejuruteraan AutomotifEnjinProses penyingkiran sisa gas ekzos oleh udara bersih atau campuran udara-bahan api yang berlaku dalam enjin dua lejang. Proses ini berlaku pada kedudukan omboh di takat terakhir atas. Ketika ini, pertindihan berlaku iaitu kedua-dua liang pengambilan dan ekzos terbuka.
cleaningpembersihanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenyingkiran habuk logam daripada permukaan sebelum pengecatan.
expectorantekspektoranHerbaTiadaHerba yang membantu penyingkiran lendir dari paru-paru, hidung dan tekak. Herba ini digunakan dalam sediaan ubat batuk. Contoh herba ini ialah biji adas manis, akar manis, bawang putih, cabai ekor atau kemungkus, bidara, komkoma dan halba.
negative selectionpemilihan negatifBioinformatikBioinformatik MolekulPenyingkiran alami alel terpilih, yang memberi mudarat melalui proses pembersihan polimorfisme genetik rosak yang berlaku secara rawak.
Disgrace of GijonKeaiban GijonSukanTiadaPenyingkiran Algeria dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia di Gijon, Sepanyol pada tahun 1982 dengan aturan perlawanan secara sengaja yang melayakkan Jerman Barat dan Austria ke perlawanan seterusnya.
scavengingpenghapus sisaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenyingkiran gas ekzos dari dalam kebuk pembakaran melalui hembusan udara bersih yang baru memasuki kebuk.
1234

Kembali ke atas