plush finishing | penyudah mewah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pemotongan tertentu yang kelihatan sama paras dan rata yang dapat dilihat secara minimum. Biasanya menimbulkan sifat mewah untuk menggambarkan penyudah seperti pada karpet. Karpet yang dihasilkan daripada yarn yang dipintal mengikut proses tanpa pemanasan. Perapian karpet dilakukan dengan cara menggunting dan memberus. |
finishing | penyudah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses akhir yang dilakukan bagi memastikan sesuatu pekerjaan kelihatan lebih kemas. Contohnya proses yang digunakan untuk menyiapkan hasil kerja seperti penamat kayu iaitu proses menghias atau melindungi permukaan kayu tersebut. |
sentences closure | penyudah ayat | Sains Kesihatan | Tiada | Perbuatan meminta seseorang untuk melengkapkan ayat. |
finishing sealant | kedap penyudah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahan kedap yang diletakkan pada bebibir untuk menghalang gegaran dan karat. |
finish artwork | kerja seni penyudah | - | Tiada | Bahan visual yang terdiri daripada gambar, lukisan, peta dan lain-lain yang akan direproduksi. |
coat | salut | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan penyudah seperti cat, lepa, mortar dan sebagainya yang digunakan pada dinding atau lantai. |
clear finish | kemasan lut | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan penyudah atau cat yang lut sinar, yang digunakan pada permukaan perabot kayu atau logam. Kemasan ini dikenali juga sebagai kemasan cerang. |
matt finish | kemasan kusam | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan penyudah atau cat yang pusam, yang digunakan pada permukaan perabot kayu atau logam. Kemasan ini dikenali juga sebagai kemasan kusam. |
glossy finish | kemasan licau | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan penyudah atau cat yang licau, yang digunakan pada permukaan perabot kayu atau logam. Kemasan ini dikenali juga sebagai kemasan berkilat. |
cornice | birai hias | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kumai melintang yang digunakan sebagai penyudah hujung atas dinding atau entablatur. Kumai ini diperbuat daripada kayu, logam, konkrit dan sebagainya. |