microwave-assisted distillation | penyulingan berbantu mikrogelombang | Herba | Fitokimia | Kaedah penyulingan hidro yang diubah suai dengan menggunakan sinaran mikrogelombang untuk pemanasan. Melalui kaedah ini, tempoh penyulingan hidro dapat dipendekkan dari 6 jam ke 5 minit hingga 15 minit. Lihat juga penyulingan hidro. |
Rayleigh distillation | penyulingan Rayleigh | Kejuruteraan | Tiada | Penyulingan yang kandungan sisa berubah berterusan sepanjang proses penyulingan. |
reduced oil | minyak terturun | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Minyak yang diperoleh daripada penyulingan semula minyak yang telah tersuling. Penyulingan semula itu dilakukan dalam keadaan vakum atau dengan menggunakan alat penyulingan wap. 2) Minyak yang diperoleh daripada residu yang tertinggal di dalam alat penyulingan selepas keluaran-keluaran lain telah disuling daripada minyak mentah yang berkenaan. |
batch distillation | penyulingan kelompok | Kimia | Tiada | Penyulingan yang mana cecair yang hendak disuling dimasukkan sekali gus di dalam radas pada permulaan proses penyulingan. |
steam distillation | penyulingan stim | Kimia | Tiada | Penyulingan secara melalukan stim menerusi campuran pepejal atau cecair mudah meruap untuk mengasingkan bahan tersebut daripada bahan yang tidak meruap. Penyulingan stim lazimnya digunakan di dalam industri minyak wangi untuk mengasingkan minyak pati daripada bunga-bungaan, daun-daunan dan kulit kayu, dan di dalam makmal untuk penulenan dan untuk menganggarkan jisim molekul cecair atau pepejal. |
fractional distillation | penyulingan berperingkat | Kimia | Tiada | Penyulingan yang digunakan untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai takat didih yang berbeza. Proses ini menggunakan turus pemeringkatan yang tegak dan panjang yang diisi dengan manik-manik kaca supaya refluks separa boleh berlaku. Kaedah ini dapat menghasilkan pengasingan lengkap dua atau lebih cecair yang mudah meruap. Sebahagian daripada wap akan terkondensasi dan cecair yang terhasil akan bertembung dengan lebih banyak wap dan proses ini akan berulang. Pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang rendah akan terus masuk ke dalam kondenser penyulingan, manakala pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang tinggi akan masuk balik ke dalam kelalang penyuling. Penyulingan berperingkat merupakan kaedah asas bagi penghasilan petroleum daripada minyak mentah. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 147 Penyulingan berperingkat |
vacuum distillation | penyulingan vakum | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses penyulingan yang dijalankan dalam keadaan vakum, iaitu pada tekanan di bawah aras tekanan atmosfera. Tujuannya adalah untuk mengurangkan takat didih campuran bagi memudahkan pemisahan secara penyulingan dijalankan tanpa melibatkan tenaga yang banyak kegunaannya selalu didapati dalam industri yang melibatkan bahan yang peka terhadap suhu tinggi. |
fractional distillation | penyulingan berperingkat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses penyulingan yang terjadi secara berperingkat. Penyentuhan di antara fasa wap yang menghala ke atas dengan fasa cecair yang mengalir turun bagi menghasilkan pemindahan jisim di antara fasa, terjadi mengikut peringkat dan tidak secara berterusan. Proses penyulingan ini terjadi di dalam turus berplat. Fasa wap dan cecair yang telah bersentuh pada suatu plat kemudiannya meninggalkan plat tersebut menuju ke plat lain. Penyentuhan di antara fasa tidak terjadi sehingga sampai ke plat seterusnya. |
molecular distillation | penyulingan molekul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses penyulingan yang dijalankan dalam keadaan vakum tinggi pada tahap tekanan 0.001 raksa. Jarak molekul yang diwapkan daripada permukaan cecair adalah kurang daripada jarak laluan bebas purata bagi wap cecair tersebut pada keadaan tekanan dan suhu operasi. Penyulingan jenis ini berguna bagi pemisahan larutan yang mempunyai takat didih yang tinggi dan peka terhadap haba. |
azeotropic distillation | penyulingan azeotrop | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses penyulingan yang satu bahan asing dicampurkan ke dalam campuran yang akan dipisahkan dan seterusnya bahan asing ini membentuk azeotrop dengan salah satu daripada bahan yang terkandung di dalam campuran tersebut. Kegunaannya adalah untuk membantu memudahkan proses pemisahan secara penyulingan bagi komponen-komponen yang perlu dipisahkan. |