random assortment | penyusunan rawak | Sains Forensik | Tiada | Proses pemisahan dan pengasingan kromosom semasa meiosis. Penyusunan secara rawak ini menghasilkan gamet yang unik dari segi genetiknya. Hukum penyusunan rawak merupakan asas kepada keseimbangan rangkaian dan keseimbangan Hardy-Weinberg yang akan diuji oleh ahli forensik DNA semasa memeriksa pangkalan data populasi DNA forensik. Lihat juga keseimbangan Hardy-Weinberg. |
alignment | penyejajaran | Biologi | Genetik | 1. Penyusunan dua atau lebih jujukan polipeptida supaya asid amino yang seiras atau serupa diposisikan secara optimum. 2. Penyusunan dua atau lebih jujukan DNA supaya nukleotida yang seiras diposisikan secara optimum. Penyusunan yang kompleks ini dilakukan dengan bantuan komputer menggunakan perisian penganalisisan DNA dan protein. |
stacking | penyusunan | Biologi | Genetik | Penyusunan bes bernitrogen secara bertindih dalam heliks DNA ganda dua. |
compilation | penyusunan/kompilasi | Perpustakaan | Tiada | Usaha pengumpulan dan penyusunan bahan-bahan yang di ambil daripada buku-buku lain bagi menghasilkan sebuah karya. |
refitting | penyusunan semula | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah menyusun semula kepingan atau pecahan artifak untuk mendapatkan bentuk asal. Kaedah ini kerap digunakan pada artifak alatan batu terutamanya jenis repihan dan pecahan daripada tembikar tanah. Penyusunan semula dilakukan dengan dua cara, pertama menyusun pecahan tanpa pelekat dan kedua, menyusun dengan menggunakan pelekat. Penyusunan semula dapat dijadikan asas untuk mengetahui teknologi pembuatan dan bentuk atau hiasan yang terdapat pada artifak. |
reorganization bond | bon penyusunan semula | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat yang menghadapi prosiding penyusunan semula yang hanya membayar faedah apabila ada pendapatan dan bon ini lebih senior daripada terbitan hutang lain yang diterbitkan oleh syarikat. |
classified order | susunan berkelas | Perpustakaan | Tiada | Penyusunan buku-buku dan bahan-bahan lain atau penyusunan entri di dalam katalog yang berdasarkan satu skim pengelasan. |
classification | pengelasan | Perpustakaan | Tiada | 1. Skim yang sistematik untuk penyusunan buku-buku dan bahan-bahan lain menurut subjek atau bentuk.,2. Mengelaskan buku kepada bahagian yang betul menurut satu sistem pengelasan.,3. Dalam pentadbiran arkib, penyusunan menurut susunan logik siri atau fail dalam kumpulan-kumpulan rekod yang terdapat di dalam lingkungan koleksi arkib itu sendiri. |
civil service restructuring | penstrukturan semula perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses penyusunan dan pengemaskinian struktur perkhidmatan awam yang sedia ada kepada satu struktur baru yang lebih cekap, efisyen, efektif dan terkini. Proses ini melibatkan penutupan beberapa agensi yang bertindih dan kurang cekap serta penyusunan semula beberapa agensi agar sesuai dengan fungsi dan objektif baru. Beberapa agensi baru telah ditubuhkan seperti Biro Pengaduan Awam (BPA), Ruangan Pendapat Pembaca di akhbar tempatan dan talian aduan yang memberi ruang kepada orang ramai untuk menyampaikan maklum balas, aduan, teguran dan cadangan. Di samping itu, beberapa kementerian dan jabatan baru telah ditubuhkan serta distrukturkan semula sesuai dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan integriti perkhidmatan awam. |
compilation | penyusunan/kompilasi | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |