Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu.su.pan] | ڤڽوسوڤن

Definisi : perbuatan menyusup atau me­nyusupkan, penyeludupan: percubaan mereka dgn melakukan ~ dan serangan-serangan dlm gerombolan-gerombolan kecil ternyata tidak memberi bekas sama sekali; ~ kebu­dayaan Barat dlm Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu.su.pan] | ڤڽوسوڤن

Definisi : perbuatan (hal dsb) me­nyusup atau menyusupkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susup
Kata Terbitan : menyusup, menyusupkan, kesusupan, penyusupan, penyusup,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
infiltrationpenyusupanPerikananAkuakulturKemasukan atau pengumpulan sel darah ikan secara abnormal ke bahagian yang mengalami kerosakan tisu akibat daripada jangkitan organisma atau kehadiran bahan asing yang boleh mengakibatkan keradangan.
malignantmalignanKejururawatanTiadaPerihal tumor yang cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan maut. Tumor yang malignan dinamai kanser. Antara ciri tumor yang malignan ialah anaplasia, penyusupan tisu bertumor ke tisu yang bersebelahan dan metastasis.
subversivesubversifSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menjatuhkan kerajaan yang dilakukan secara sulit dan di luar batasan perlembagaan. Usaha ini dilakukan dari dalam sesebuah negara dan sukar dikesan oleh pemerintah. Tindakan ini dilakukan secara propaganda, menggunakan bantuan kewangan, tindakan pengintipan atau pengumpanan seperti pengedaran dadah. Contohnya, gerakan komunis cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia secara subversif melalui penyusupan ke dalam pentadbiran kerajaan pada peringkat awal kemerdekaan dahulu.

Kembali ke atas