Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perang, perjuangan, pertemĀ­puran; medan ~ medan (tempat) berperang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unconventional warperang bukan konvensionalSains PolitikPolitik PerbandinganPeperangan yang melibatkan penggunaan tentera konvensional dan banyak menggunakan senjata pemusnah biokimia, nuklear, senjata satelit dan peperangan digital. Peperangan ini dikatakan meletus secara luar biasa iaitu tidak seperti perang konvensional. Peperangan konvensional lazimnya merujuk kepada peperangan yang melibatkan penggunaan ketenteraan seperti serangan artileri, serangan udara dan laut.
taboitaboiKesusasteraanTiadaPersembahan perarakan di Sumatera Barat untuk mengenang kembali Peperangan Karbala. Peperangan ini mengorbankan Hasan dan Husain, cucu Nabi Muhammad SAW. Perkataan taboi merujuk kepada tabut, iaitu batu-batu nisan kecil yang diusung semasa perarakan meraikan kesyahidan Hasan dan Husain di India. Persembahan ini diadakan sekitar sepuluh hari pertama bulan Muharam.
electronic warfarepeperangan elektronikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah peperangan moden yang menggunakan spektrum elektromagnet secara aktif atau pasif. Kaedah ini mempunyai tiga komponen utama, iaitu serangan elektronik, perlindungan elektronik dan sokongan elektronik serta mula mendapat perhatian dalam Operation Desert Storm ketika Perang Teluk pada tahun 1990.
electronic warfare supportsokongan peperangan elektronikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah peperangan elektronik yang menggunakan spektrum elektronik secara pasif bertujuan untuk mengumpul maklumat strategik pihak lawan. Kaedah ini juga berguna untuk memintas serangan yang telah dilancarkan oleh pihak lawan. Oleh sebab kaedah ini dilakukan secara pasif menyebabkannya lebih sukar dikesan berbanding serangan elektronik.
chemical warfarepeperangan kimiaFizikNanoteknologiKeadaan berlawan yang menggunakan bahan kimia atau bahan beracun sebagai senjata. Contohnya, gas mustard dan gas sarin, iaitu bom asap kimia yang digunakan untuk melumpuhkan sistem saraf.
electronic attackserangan elektronikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerLihat sokongan peperangan elektronik.
dime novelnovel picisanKesusasteraanTiadaNovel yang kandungannya berkisar tentang kisah cinta, peperangan, pengembaraan dan keganasan yang disampaikan secara sensasi dan melodramatik. Novel ini tidak serius, membicarakan persoalan ringan, biasanya dijilid dengan kulit lembut dan harganya murah. Novel ini sering mendapat sambutan daripada peminatnya, terutamanya daripada golongan remaja. Lihat juga cerita picisan.
combat fatiguelesu tarungPerubatanPsikiatriKeadaan terlalu letih akibat tekanan, pertempuran atau peperangan.
combat fatiguelesu tarungPerubatanPsikiatriKeadaan terlalu letih akibat tekanan, pertempuran atau peperangan.
chroniclebabadKesusasteraanPuisiPuisi tradisional yang mengandungi rangkaian tema, persoalan serta peristiwa sejarah tanah air dan pahlawan yang terlibat dalam peperangan. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Tambo Minangkabau. Sinonim tambo.
1234

Kembali ke atas