rooted phylogeny | filogeni berpunca | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pepohon filogeni yang mempunyai nod punca yang mewakili leluhur pada dedaun pepohon filogenetik. Filogeni berpunca terhasil daripada proses puncaan pepohon filogenetik. Lihat juga puncaan pepohon filogenetik. Banding filogeni tak berpunca. |
phylogenetic tree rooting | puncaan pepohon filogenetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses menentukan punca pada rajah pepohon filogenetik bagi mengenal pasti perwarisan kumpulan organisma atau gen yang dianalisis. Dua cara utama untuk melakukan puncaan pepohon filogenetik ialah kaedah kumpulan luar dan kaedah titik tengah. |
phylogenetic tree | pepohon filogenetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Rajah yang memaparkan hubungan evolusi serta pertalian dan perkaitan antara individu atau kumpulan organisma seperti spesies atau populasi. Pepohon filogenetik menggambarkan susur galur organisma menerusi nod dan cabang pepohon yang dibentuk dari leluhur yang sama. |
gene tree | pepohon gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pepohon filogenetik yang dibina daripada gen dalam famili atau spesies. |
evolutionary tree | pepohon evolusi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Rajah yang memaparkan hubungan evolusi antara spesies yang sama atau berlainan. Lihat juga pepohon filogenetik. |
unrooted phylogeny | filogeni tak berpunca | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pepohon filogeni yang tidak mempunyai nod punca. Filogeni tak berpunca digunakan untuk menghasilkan filogeni berpunca menggunakan proses puncaan pepohon filogenetik. Banding filogeni berpunca. |
neighbour-joining | penyambungan bersebelahan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang digunakan untuk membina pepohon filogenetik bermula dengan pengiraan jarak berpasang. Pasangan ini dihubungkan satu persatu berdasarkan persamaan jarak bagi membentuk satu pepohon yang lengkap. |
midpoint rooting | puncaan titik tengah | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses menentukan titik tengah antara dua kumpulan taksa (mencapah yang terbesar pada rajah pepohon filogenetik tidak berpunca. Lihat juga puncaan pepohon filogenetik. |
operational taxonomic unit (OTU) | unit operasi taksonomi (OTU) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Nod luaran pada pepohon filogenetik. Jujukan DNA dan protein dalam famili yang sama digunakan sebagai unit operasi taksonomi untuk mengelompokkan organisma melalui proses penjanaan pepohon filogenetik. |
additive tree | pepohon penambah | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |