Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pép.ti.da] | ڤيڤتيدا

Definisi : (péptida) (Bio) sebatian yg terbentuk drpd dua asid amino atau lebih, yg dihubung­kan oleh ikatan peptida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pép.ti.da] | ڤيڤتيدا

Definisi : /péptida/ ist sebatian yg terbentuk drpd dua asid amino atau lebih, yg dihubungkan oleh sj ikatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peptida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peptidyl transferasepeptidil transferaseFarmasiTiadaEnzim yang memangkin pembentukan ikatan peptida dalam biosintesis protein dan peptida.
small peptidepeptida kecilFizikNanoteknologiSebatian kimia yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih asid amino, tetapi tidak melebihi 10 asid amino melalui ikatan kovalen dengan mengikat kumpulan karboksil daripada salah satu asid amino dengan kumpulan amino daripada sebatian asid amino bersebelahannya. Sebatian ini terdapat secara tabii dalam tisu biologi atau dapat juga dihasilkan secara sintetik. Manakala, protein yang mengandungi 50 - 100 asid amino ialah peptida besar. Sinonim ligopeptida.
lygopeptideligopeptidaFizikNanoteknologiLihat peptida kecil.
endorphinendorfinKejururawatanTiadaSejenis peptida yang terdapat dalam otak secara semula jadi. Ia bertindak seperti opiat dan boleh melegakan kesakitan.
Merrifield methodkaedah MerrifieldFizikNanoteknologiTeknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini.
protein tagging techniqueteknik penandaan proteinTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKaedah apabila urutan peptida dicantumkan secara genetik pada protein rekombinan. Penandaan ini biasanya boleh ditanggalkan oleh agen kimia atau enzim. Teknik penandaan protein bertujuan untuk mengesan tingkah laku atau perubahan sesuatu protein di dalam sel.
peptidyl transferasepeptidil transferaseFarmasiTiadaEnzim yang terdapat dalam lintasan metabolik glutation yang kumpulan glutamilnya dipindahkan daripada suatu baki asid amino kepada suatu peptida glutamil kepada mana-mana asid amino kecuali prolina untuk membentuk dipeptida glutamil yang baru. Enzim ini berguna dalam pengangkutan asid amino dan dalam diagnosis jaundis obstruktif.
proteinproteinFizikNanoteknologiSebatian organik besar yang terdiri daripada susunan rantaian linear beberapa jenis asid amino bersaiz 0.6 nm. Asid amino disambung antara satu sama lain menerusi ikatan peptida. Protein memainkan peranan penting bagi setiap proses dalam sel organisma hidup. Contoh protein ialah mioglobin.
Golgi apparatusperkakas GolgiVeterinarTiadaStruktur dalam sel yang terdiri daripada satu susunan lamela terikat membran yang terletak dalam sitoplasma sel. Perkakas Golgi mempunyai tiga peranan penting; iaitu mengubah suai molekul kompleks seperti protein dengan menambahkan gula; mengurai molekul peptida untuk menjadikannya aktif dan mengisih molekul sama ada untuk diangkut keluar sel; dimasukkan ke dalam membran sel atau diangkut ke tempat lain dalam sel.
Golgi apparatusperkakas GolgiVeterinarTiadaStruktur dalam sel yang terdiri daripada satu susunan lamela terikat membran yang terletak dalam sitoplasma sel. Perkakas Golgi mempunyai tiga peranan penting, iaitu mengubah suai molekul kompleks seperti protein dengan menambahkan gula, mengurai molekul peptida untuk menjadikannya aktif dan mengisih molekul sama ada untuk diangkut keluar sel, dimasukkan ke dalam membran sel atau diangkut ke tempat lain dalam sel.
12

Kembali ke atas