Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.da.ban]/[per.a.da.ban] | ڤرادبن

Definisi : keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.da.ban]/[per.a.da.ban] | ڤرادبن

Definisi : sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peradaban


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
EnlightenmentPencerahanSains PolitikPolitik PerbandinganSatu jangka masa dalam sejarah Eropah yang dicirikan dengan kemunculan pemikiran dan peradaban sains moden pada abad ke-17 yang akhirya mendorong kepada Revolusi Perancis. Era ini telah mengubah pemikiran masyarakat yang tradisional kepada idea kerasionalan, pemikiran saintifik, bersikap sceptic kepada autoriti tradisional dan agama, pegangan kepada hujah dalam perbincangan dan terbuka kepada idea yang baru. Zaman ini membawa kepada revolusi industri di Eropah dan seterusnya membawa banyak perubahan kepada kehidupan masyarakat sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik.
parataxisparataksisKesusasteraanPuisiProses penciptaan atau pembinaan frasa dan kalimat secara bersebelahan tanpa menggunakan kata hubung untuk menimbulkan kesan ketegasan dan kepadatan. Contohnya, puisi "Perpustakaan" karya Usman Awang. Perpustakaan tercinta ini, pelabuhan kebudayaan peradaban zaman, gedung akal laut bicara manusia, mutiara pendeta tasik pujangga, kota kebenaran penaung kebebasan ucap suara
epigraphyepigrafiKesusasteraanTiadaKajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), Batu Bersurat Minye Tujuh (Aceh), dan Batu Bersurat Terengganu. Kajian epigrafi juga banyak dilakukan terhadap tulisan yang terdapat pada batu nisan lama. Tujuannya untuk mengetahui sejarah seseorang tokoh atau tentang unsur-unsur Islam. Kajian epigrafi terhadap tulisan yang terdapat pada dinding kuil atau tugu pula memberikan banyak maklumat tentang sejarah sesuatu tempat, adat-istiadat, undang-undang, kata-kata hikmat dan sebagainya. Epigrafi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bertulis di atas sesuatu�.
postcolonial criticismkritikan pascakolonialKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme.

Kembali ke atas