Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.han] | ڤرهن

Definisi : 1. hasil drpd memerah (air, susu, dll); 2. binatang dll yg diperah: lembu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.han] | ڤرهن

Definisi : 1 hasil drpd memerah: susu ~. 2 binatang yg dipelihara utk mendapatkan susunya: lembu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perah
Kata Terbitan : memerah, perahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virgin oilminyak daraHerbaTiadaMinyak tetap yang diperoleh daripada bahan herba secara perahan atau kaedah perahan mekanikal lain yang bersesuaian tanpa melibatkan penggunaan haba. Contohnya, minyak zaitun dara dan minyak kelapa dara.
juicejusHerbaTiadaCecair semula jadi yang dihasilkan secara perahan atau torehan daripada tumbuhan segar. Jus merupakan nama umum bagi sap tumbuhan yang mengalir dalam batang pokok, cecair daripada tisu tumbuhan dan rembesan susu atau getah yang terdapat dalam sesalur latisifer. Contohnya, jus buah limau dihasilkan secara perahan dan getah candu dihasilkan secara torehan.
herbal preparationsediaan herbaHerbaTiadaSediaan bahan yang diperoleh melalui pengekstrakan, penyulingan, pemerahan, pemfraksian, penulenan, pemekatan atau penapaian bahan herba. Bahan ini merangkumi herba yang dikisar atau diserbukkan, tinktur, ekstrak, minyak pati, jus perahan dan eksudat yang telah diproses. Contohnya, teh herba, arak herba dan kemenyan.
fixed oilminyak tetapHerbaTiadaSejenis kelas lipid yang terdiri daripada komponen ester gliserol dan asid lemak. Pada suhu bilik minyak tetap terdapat dalam bentuk cecair kuning yang tidak meruap, pekat dan likat. Minyak tetap yang berbentuk pepejal atau separa pepejal pada suhu bilik disebut sebagai lemak. Asid lemak yang terdapat dalam minyak tetap mempunyai berat molekul tinggi jenis alifatik terutamanya palmitik, stearik dan oleik. Minyak tetap diperoleh melalui perahan atau pengekstrakan pelarut daripada suatu bahan herba. Minyak ini mempunyai nilai pemakanan dan digunakan sebagai bahan emolien dan demulsen dalam farmaseutikal dan kosmetik. Contohnya, minyak kelapa sawit diperoleh secara perahan daripada buah sawit.

Kembali ke atas