Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pérak) 1. sj logam yg berwarna putih dan berkilat (digunakan utk membuat per­hiasan duit dll): mangkuk ~; wang ~; 2. = perakan wang rupiah: dia meminta sekeping surat keterangan dgn bayaran beberapa ~ sahaja; keperakan, keperak-perakan warna putih kekelabuan yg terang atau berkilau: biru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl; masin ~ terlampau masin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perak I

Puisi
 

Tanam jarak tak tumbuh jarak,
     Jarak nak tumbuh di langit putih;
Beri perak tak ambuhlah perak,
     Saya ambuh ke baju putih.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Hujan emas perak di negeri orang;
     hujan keris lembing di negeri kita;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
silver pointkalam perakKesenianTiada2. Kalam perak: Kaedah melukis menggunakan pensel perak di atas kertas yang khusus untuknya.
German silverperak JermanKesenianHiasan DalamanBesi aloi yang dikenali sebagai perak nikel, hasil campuran tembaga, timah dan nikel. Bahan ini tahan karat dan boleh ditempa atau dilentur.
silver reductorreduktor perakKimiaKimia AnalisisAlat yang terdiri daripada turus kaca yang dipadatkan dengan logam perak. Reduktor ini biasanya digunakan bersama-sama dengan asid untuk menurunkan spesies logam tertentu. Ia dikenali juga sebagai penurun Walden.
dabusdabusKesusasteraanTiadaSejenis tarian rakyat yang terdapat di Perak, Dabus ditarikan oleh 15 � 18 orang penari. Tarian ini dipersembahkan semasa temasya perkahwinan, pesta pertabalan dan upacara keagamaan. Terdapat dua bahagian dalam tarian ini. Pertama, penari bergerak mengikut rentak gendang sambil menggoncang anak dabus. Kedua, penari berada dalam keadaan separa lupa sambil mencucuk lengan masing-masing dengan anak dabus dibiarkannya bergantung di lengan. Tarian ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke Sumatera pada kurun ke-18. Seterusnya, tarian ini dibawa ke Pasir panjang, Setiawan, perak oleh seorang nakhoda kapal bernama Nakhoda Lombong dari Batu Bara, Acheh. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bererti �Lembing tajam�. Dabus dikenali juga sebagai anak dabus yang dipegang oleh penari semasa mereka menari.
silver coulometerkulometer perakKimiaKimia AnalisisRadas yang terdiri daripada elektrod platinum yang terendam dalam larutan akueus argentum nitrat, dan digunakan untuk mengukur cas elektrik.
cupellationpengkupelanKimiaKimia AnalisisProses mendapatkan emas dan perak dengan mengaloikannya dengan plumbum kemudian mengoksidakan plumbum yang telah lebur itu untuk memisahkan logam asas daripada logam berharga.
colloidkoloidFizikNanoteknologiZarah halus bersaiz 1 nm - 1000 nm yang kekal tersebar merata dalam cecair atau gas pada jangka masa lama. Koloid dapat dimendapkan atas permukaan substrat kaca atau silikon untuk membentuk filem tipis. Koloid nanozarah emas atau perak berpotensi digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, koloid nanozarah emas atau perak di dalam air.
resort townbandar peranginanPelanconganTiadaPusat peranginan yang dibangunkan dengan wujudnya aktiviti pelancongan di kawasan bandar, seperti Bandar Tasik Bukit Merah, Perak.
hill stationstesen bukitPelanconganTiadaPuncak bukit yang dikunjungi oleh pelancong kerana suhunya yang rendah dan pemandangan yang menarik seperti di Bukit Larut, Perak.
developer exhaustionkelesuan pembangunTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSifat larutan pembangun yang telah digunakan beberapa kali sehingga keberkesanannya untuk bertindak balas dengan emulsi perak halida menjadi sangat rendah.
123

Kembali ke atas