Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.kam] | ڤراقم

Definisi : sesuatu yg merakamkan, alat mera­kam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.kam] | ڤراقم

Definisi : alat utk merakam atau utk merakamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drone photographyfotografi dronFotografiTiadaPerakam imej dalam bentuk gambar atau video dengan menggunakan alat perakam udara yang dikendalikan oleh alat kawalan jauh.
digital video recorder (DVR)perakam video digital (DVR)Teknologi MaklumatTiadaPeranti elektronik yang digunakan untuk merakam video dan audio dalam format digital ke peranti penyimpanan massa seperti pemacu kilat USB, pemacu cakera keras, kad ingatan SD atau sebarang rangkaian peranti storan lain.
magnetic storagestoran magnetFizikNanoteknologiKaedah penyimpanan data menggunakan bahan magnet dengan memberikan corak pemagnetan berbeza atas lapisan permukaan bahan tersebut. Corak ini dikaitkan dengan isyarat digital. Idea penstoran magnet pertama kalinya telah dikemukakan oleh Oberlin Smith dalam tahun 1888 dan perakam magnet pertama telah dicipta oleh Valdemar Poulsen dalam tahun 1898. Storan magnet yang moden menggunakan bahan butiran nanomagnet sehingga dapat menyimpan data yang sangat besar. Contohnya, cakera keras berketumpatan tinggi.
new historicismhistorisisme baruKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. Lihat juga formalisme.

Kembali ke atas