planning inquiry | penyiasatan perancangan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu siasatan rasmi yang dijalankan atas arahan pihak berkuasa perancang tempatan atau jawatankuasa perancang negeri yang melibatkan orang ramai untuk memastikan sesuatu isu atau persoalan perancangan bagi membantu pihak berkuasa berkenaan membuat keputusan. |
State Planning Committee | Jawatankuasa Perancang Negeri | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah undang- undang perancang bandar dan desa untuk menggubal dasar tentang pemeliharaan, pemajuan, dan penggunaan tanah serta bangunan dalam negeri tersebut. |
group planner | perancang kumpulan | Pelancongan | Tiada | Individu yang mengatur dan menyusun untuk mengadakan rombongan lawatan. |
planner | pengetam;perancang | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
family planning | perancang keluarga | Kejururawatan | Tiada | Tindakan berkaitan dengan penghindaran kehamilan, peningkatan kesuburan, dan mengawal atur jumlah dan jarak anak dalam sesebuah keluarga. |
recreation development | pembangunan rekreasi | Pelancongan | Tiada | Usaha yang dilakukan oleh perancang atau jabatan untuk mengembangkan peranan dan aktiviti rekreasi di sesuatu tempat. |
planning gain | manfaat perancangan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Persetujuan antara pemaju dengan pihak berkuasa perancang untuk menjalankan kerja yang tidak terkandung dalam cadangan pemajuan. Ia memberi faedah kepada kepentingan awam sebagai ganjaran kerana kebenaran merancang. |
requisition notice | notis permintaan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Notis yang dikemukakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan ke atas pemilik tanah supaya menghentikan penggunaan atau mengubahsuai penggunaan tanah dan bangunan. |
development charge | caj pemajuan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bayaran yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada pemilik harta tanah kerana sesuatu perubahan kegunaan, pertambahan kepadatan, dan nisbah plot, atau luas lantai yang tidak selaras dengan piawaian yang diluluskan. |
preservation order | perintah pemeliharaan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Arahan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada pemilik atau pengguna tanah atau bangunan supaya melakukan atau tidak melakukan sesuatu ke atas tanah atau bangunan berkenaan. |