cold war | perang dingin | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
cold war | perang dingin | Sains Politik | Tiada | Tiada |
cold war | perang dingin | Undang-undang | Tiada | Tiada |
cold war | perang dingin | Sejarah | Tiada | Konflik antara dua kumpulan atau negara dengan menggunakan kuasa politik, tekanan ekonomi, kegiatan pengintipan, propaganda, pemencilan kegiatan atau sabotaj tetapi tidak melibatkan kuasa tentera. |
cold war | perang dingin | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
detente | peredaan ketegangan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar pengurangan ketegangan yang digunakan antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat semasa Perang Dingin. Dasar ini dipelopori oleh Presiden Richard Nixon dalam menghadapi negara berfahaman komunis. Dasar ini berbeza dengan dasar pembendungan yang diamalkan sebelum ini. Dasar ini telah memulihkan hubungan baik antara Amerika Syarikat dengan China, dan kemuncaknya ialah lawatan pertama Presiden Richard Nixon ke China. Sinonim detente. |
New World Order | Orde Baru Dunia | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perihal keadaan politik dunia yang berubah akibat kejatuhan komunisme selepas tamat Perang Dingin pada akhir tahun 1990. Sebelum tahun 1990, imbangan kuasa adalah berasaskan persaingan antara dua pihak atau pusat, iaitu Kesatuan Soviet dan sekutunya dengan Amerika Syarikat dan sekutunya. Kini, terdapat beberapa pusat kuasa di dunia serta pelbagai isu baru. Antara isu yang timbul dalam Orde Dunia Baru adalah berkenaan senjata nuklear, kimia dan biologi, masalah alam sekitar seperti pemanasan global, keganasan di Timur Tengah dan ancaman pengganas. |
bipolar | dwikutub | Sains Politik | Tiada | 1. Pola perhubungan antarabangsa yang bertumpukan kepada dasar serta tindak-tanduk dua kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet pada masa era perang dingin dahulu. |
bamboo curtain | tirai buluh | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar komunis untuk mengekang komunikasi dengan dunia luar yang boleh mengancam kedudukannya. Komunikasi dengan dunia luar hanya dibenarkan berasaskan persetujuan pemerintah. Dasar tersebut dipraktiskan secara meluas terutamanya di negara China sewaktu Perang Dingin sedang memuncak. |
Berlin crisis | krisis Berlin | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Krisis yang berpunca daripada persidangan Tehran dan Yalta, Jerman pascaperang yang dibahagikan kepada empat zon pendudukan ketenteraan, iaitu di bawah pentabdiran Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Berlin yang terletak di bawah zon Rusia juga dibahagikan kepada empat bahagian. Semasa perang dingin, Rusia mengadakan sekatan darat terhadap Berlin Barat pada bulan Jun 1948 untuk mengekang kedudukan Britain, Amerika Syarikat dan Perancis di kota tersebut. Walau bagaimanapun, pihak bersekutu berjaya mengatasi sekatan Rusia ini dengan menyalurkan bantuan melalui ruang udara. Sebagai tindakan balas, pihak bersekutu menggunakan taktik yang sama, iaitu mengenakan sekatan terhadap Rusia. Akhirnya pada bulan Mei 1949, sekatan ini dihapuskan oleh kedua-dua pihak. |