stimulant | bahan perangsang; perangsang | Farmasi | Tiada | Drug yang menghasilkan peningkatan sementara pada aktiviti berfungsi suatu organ. Contohnya, bahan perangsang sistem saraf pusat, bahan perangsang kardiak, dan bahan perangsang pernafasan. |
mass diffusion | resapan jisim | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Resapan yang pergerakan atau pemindahan jisim dipengaruhi oleh perangsang fizikal atau luaran. Perangsang fizikal ini mungkin berpunca daripada kecerunan tekanan, kecerunan suhu, kecerunan kepekatan, dan daya aruhan luar, seperti daya graviti atau daya empar. |
adenohypophysis | adenohipofisis | Veterinar | Praklinikal | Lobus anterior kelenjar pituitari yang terdiri daripada pars tuberalis; pars distalis dan pars intermedia. Adenohipofisis merembeskan hormon pertumbuhan fibroblas; hormon perangsang tiroid; hormon perangsang folikel; hormon pelutinan; prolaktin; kortikotropin dan ß-endorfin. |
achromatic stimulus | perangsang tak kroma | Fizik | Optik | Perangsang penglihatan yang mampu menguja suatu warna tanpa rona. |
stimulant | perangsang | Farmasi | Farmakologi | Agen yang meningkatkan fungsi suatu sistem tubuh. Contohnya, digoksin yang bertindak sebagai perangsang jantung. |
follicle stimulating hormone | hormon perangsang folikel | Veterinar | Praklinikal | Hormon glikoprotein besar yang dirembeskan oleh sel gonadotropik dalam kelenjar pituitari anterior. Hormon perangsang folikel ini penting dalam pembiakan kerana merangsang kematangan folikel ovari dan penghasilan sperma oleh testis. Sinonim gonadotrophin. |
colony-stimulating factor (CSF) | faktor perangsang koloni (CSF) | Perubatan | Tiada | Kumpulan protein sitokin yang merangsang penghasilan sel darah putih tertentu dalam sumsum tulang. Protein ini terdapat di dalam badan secara semula jadi atau boleh dihasilkan di makmal. Ia digunakan jika berlaku kekurangan sel darah putih seperti pada pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi. CSF merangkumi faktor perangsang koloni granulosit (G-CSF), faktor perangsang koloni makrofaj (M-CSF) dan faktor perangsang koloni granulosit-makrofaj (GM-CSF). |
stimulants | perangsang | Psikologi | Psikologi Umum | Dadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian. |
environmental stimuli | perangsang persekitaran | Pendidikan | Tiada | Tiada |
dealer incentive | perangsang peniaga | Ekonomi | Tiada | Tiada |